in

Paradigm Mall JB Dibuka, Netizen Heboh Kerana Dulu Ianya Tapak Kemayan City ‘Berhantu’

Yarobbi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Paradigm Mall JB Dibuka, Netizen Heboh Kerana Dulu Ianya Tapak Kemayan City 'Berhantu'
Loading
/

Bagi mereka yang tinggal di Johor Bahru, anda pastinya kenal benar dengan sebuah pusat membeli belah terbengkalai yang bernama Kemayan City. Kisah mistik yang menyelubungi bangunan ini selama 10 tahun bagaikan sebuah urban legend yang sering menghantui pelancong terutamanya yang tinggal di luar Johor Bahru.


S6 53Eaddd8C976E
sumber: gigacircle

Semuanya bermula dengan tersebarnya kisah sebuah keluarga dari Singapura yang dikatakan terlihat sebuah pusat membeli belah baru dibuka dan dipenuhi orang ramai yang mengunjungi bangunan tersebut.

Seperti pengunjung lain, keluarga berkenaan telah makan, minum dan sempat shopping di sana. Namun, keesokan paginya barulah mereka sedar bahawa barangan yang dibeli telah bertukar menjadi daun-daun kering. Lebih mengerikan, makanan yang mereka makan pula berkemungkinan cacing, lipas dan cicak! Eww!

P1020064
sumber: super325
2 1
sumber: super325

Pun begitu, baru-baru ini kecoh apabila Kemayan City yang telah terbengkalai sejak tahun 1998 itu telah dibuka semula pada November lalu dengan nama baru, Paradigm Mall Johor Bahru.

Berkeluasan 1.3 juta kaki persegi, ia dikatakan sebagai pusat membeli belah terbesar di Johor dan menempatkan pelbagai jenis stor jualan seperti Parkson, Village Grocer, Golden Screen Cinema dan juga taman papan luncur, lapor Berita Harian. Hmm macam best…

Dp7Ypyjvoauhwil
sumber: twitter
Dp7Yt81Ueaacid9
sumber: twitter

Rata-rata netizen di Twitter yang masih dibayangi kisah mistik Kemayan City masing-masing berkongsi rasa takut dan berbelah bahagi mereka untuk mengunjungi Paradigm Mall JB.

Cats 2
sumber: twitter
Kemayan Berhantu 3
sumber: twitter
Kemayan Berhantu 4
sumber: twitter
Escape
sumber: twitter

Malah, sudah ada yang berkongsi pengalaman seram dialami mereka semasa di Paradigm Mall JB tidak lama selepas pembukaan rasminya. Takutnya! 

Kemayan 2
sumber: twitter
Dp01Cv4V4Aag3Wt
sumber: twitter

Menurut seorang pengguna Twitter bernama ELY, terbengkalainya Kemayan City pada tahun 1998 itu berpunca daripada berlakunya sebuah tragedi tembak menembak di dalam bangunan tersebut. Disebabkan kejadian itu, Kemayan City yang hampir siap ditutup serta merta.

Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada cerita ini benar atau tidak.

Kisah Kemayan 1

Kisah Kemayan 2
sumber: twitter

Apa-apa pun kalau anda kini sedang bercuti di Johor dan tak tahu nak berkunjung ke mana-mana, bolehlah membeli belah di Paradigm Mall JB ini. Bersempena dengan perayaan Krismas tidak lama lagi, mall ini telah siap dihiasi dengan dekorasi menarik buat tatapan pengunjung.

Dp7Yq4Yv4Aepe4I
sumber: twitter

Tapi, kalau ada yang mengalami pengalaman seram semasa berkunjung ke pusat membeli belah ini, bolehlah kongsikan bersama kami. Manalah tahu ada juga pengunjung lain yang alami pengalaman yang serupa dengan anda, kan?

Selamat membeli belah di Paradigm Mall aka Kemayan City! 

Tonton video di bawah: 

Baca: “Bunyi ‘dia’ menangis tu ya Allah, bergema rumah..” – Pelajar Kongsi Kisah Gangguan di Rumah Sewa

Rumah Sewa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.