in

“Kawan janji nak belanja makan” – Ini 5 Pembunuhan Dengan Motif Yang Tak Boleh ‘Brain’

Pembunuh Tanpa Motif Sah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebanyakan manusia akan bersetuju bahawa tiada perkara di dalam dunia ini yang boleh menghalalkan pembunuhan.


Namun begitu, ia tak menghalang beberapa individu di dunia ini untuk mengambil nyawa orang lain atas alasan yang tidak munasabah.

Jom admin kongsikan lima pembunuh dengan motif pembunuhan yang tak masuk akal.

1. Robert Lyons

Untitled Design 1

Robert Lyons yang berasal dari Chicago, Amerika Syarikat, dijatuhi hukuman penjara 40 tahun selepas didapati bersalah membunuh ibunya sendiri, Linda Bolek, 61, pada bulan Mac 2008.

Menurut laporan polis, Robert yang ketika itu berusia 39 tahun bertindak memukul kepala ibunya dengan sebotol minuman keras sebelum menikam tubuh ibunya sembilan kali dan mecurahkan bahan kimia ke atas mayat.

Pembunuhan dilaporkan berlaku selepas ibu suspek enggan membelikan tiket konsert Avril Lavigne buat anak lelakinya.

2. Fergus Glen

Fergus Glen E1606541660804

Hanya kerana tidak mengucapkan terima kasih selepas abangnya memasak makan malam, Fergus Glen tergamak menetak adiknya sendiri sehingga mati dengan menggunakan sebilah kapak pada tahun 2003.

Difahamkan, kedua adik-beradik lelaki itu memang tidak sekepala namun, tiada siapa menyangka Fergus yang ketika itu berusia 36 tahun sanggup membunuh adiknya sendiri atas alasan yang sangat remeh.

3. Joshua Davies

Joshua Davies E1606542071885

Pada usia 16 tahun, Joshua Davies telah dijatuhkan hukuman penjara 14 tahun kerana membunuh bekas teman wanitanya, Rebecca Aylward pada tahun 2011.

Pembunuhan kejam tersebut dikatakan bermula dengan sebuah pertaruhan antara Joshua dan rakan-rakannya.

“Suspek sudah beberapa kali memuat naik status di laman sosial miliknya yang dia mahu membunuh Rebecca. Walau bagaimanapun, tak seorang pun rakan suspek ambil serius mengenai hal itu. Malah, mereka juga bergurau dengan suspek supaya dia benar-benar melakukan pembunuhan,” kata seorang pegawai polis.

Laporan lanjut mendedahkan Joshua bertanya kepada rakannya mengenai habuan yang bakal diterima jika dia betul-betul membunuh Rebecca. Selepas dijanjikan makanan percuma, Joshua dikatakan meneruskan rancangannya.

4. Tan Teck Soon

Untitled Design 2

Hanya kerana sepasang chopsticks, Chong Kar Yin yang ketika kejadian berusia 20 tahun meninggal dunia selepas ditolak jatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan di Singapura.

Suspek yang juga merupakan teman lelaki mangsa, Tan Teck Soon mendakwa dia beranggapan teman wanitanya itu mahu memutuskan hubungan mereka ketika pergaduhan tercetus.

Suspek kemudiannya memutuskan bahawa dia tidak sanggup untuk hidup tanpa teman wanitanya lalu bertindak membunuh mangsa sebelum turut terjun untuk membunuh diri. Walau bagaimanapun, lelaki terbabit terselamat dari cubaan berkenaan.

5. Brenda Spencer

Brenda Spencer E1606545473123

Pada tahun 1979, Brenda Spencer, 16, telah melakukan satu tembakan rambang di sebuah sekolah bernama Cleveland Elementary School. Brenda yang hanya tinggal di seberang jalan dari lokasi kejadian dilaporkan melakukan jenayah berkenaan dengan menggunakan sepucuk senapang milik keluarganya.

Tembakan rambang yang berlaku itu telah meragut nyawa guru besar sekolah, Burton Wragg dan penjaga sekolah, Mike Suchar. Lapan pelajar dan seorang anggota polis turut dilaporkan tercedera akibat serangan itu.

Ketika disoal mengenai motif kejadian, Brenda hanya menjawab dia benci hari Isnin. Malah, remaja itu juga berkata dia suka melihat kanak-kanak ditembak.

Kalau korang tahu lagi kisah pembunuhan dengan motif yang tak masuk akal, boleh tinggalkan komen di ruangan komen

Sumber: ViralNova

Baca: “Reserve Satu Tingkat Bangunan Untuk Seksa Mangsa, Ini Kisah Pembunuh Bersiri H.H.Holmes

H.h. Holmes 1 E1606546765260

Sumber: Daily Mail
Sumber: stuff.co
Sumber: The Sun
Sumber: Asia One
Sumber: Murderpedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.