Pada pandangan orang lain, Harry Howard Holmes atau lebih dikenali sebagai H.H. Holmes merupakan seorang yang fashionable, periang dan mempunyai karisma tersendiri. H.H. Holmes ni bermulut manis sehinggakan dia berjaya mengahwini tiga orang wanita dalam satu masa. Lebih hebat, kesemua isteri-isteri dia ni tak tahu pun yang suami diorang ada pasang lain.
Disebabkan perwatakan H.H. Holmes ni yang sangat disenangi, tak siapa sangka lelaki ni sebenarnya merupakan seorang pembunuh. Pada hari ini, nama H.H. Holmes terpahat dalam sejarah sebagai antara pembunuh bersiri paling menggerunkan di dunia.
Punya sejarah lampau yang menakutkan
Harry Howard Holmes sebenarnya bukanlah nama sebenar pembunuh bersiri ni. Dilahirkan dengan nama Herman Webster Mudgett, H.H. Holmes memilih untuk menukar namanya selepas dia terpalit dengan pelbagai kontroversi.
Antaranya, semasa sedang belajar di kolej, H.H. Holmes yang bekerja sebagai pembantu makmal telah melakukan pembedahan tanpa kebenaran ke atas satu mayat. Tujuan dia berbuat demikian adalah kerana mahu menipu syarikat insurans si mati.
Selain itu, H.H. Holmes juga pernah menjadi suspek dalam satu kes kehilangan seorang kanak-kanak lelaki selepas dia merupakan orang terakhir dilihat bersama mangsa. Tidak cukup dengan itu, H.H. Holmes juga pernah disyaki membunuh seorang pemuda di Pennsylvania selepas dia memberi mangsa sebutir pil yang tidak diketahui kandungannya.
Dalam usaha untuk melupakan masa lampaunya, H.H. Holmes akhirnya menukar nama dan berpindah ke Chicago pada tahun 1886. Di situ, dia telah menggunakan kebolehan mulut manisnya untuk mendapat job di sebuah farmasi. Tiada seorang pun yang tahu identiti sebenar H.H. Holmes.
Pembinaan Chicago’s Murder Mansion
Pada tahun 1887, H.H. Holmes telah membeli sebuah lot kosong yang terletak bertentangan dengan farmasi dimana dia bekerja. Menurutnya, bangunan tiga tingkat yang dilengkapi dengan lebih 100 bilik itu bakal digunakan sebagai sebuah apartment dan kedai-kedai.
Namun begitu, tak siapa pun sangka bangunan besar itu akan menjadi satu ‘taman permainan’ buat H.H. Holmes untuk memerangkap mangsa-mangsanya sebelum dibunuh.
Menurut H.H. Holmes, tingkat pertama bangunan yang akan dibinanya itu akan dijadikan ruang untuk kedai-kedai. Manakala, tingkat yang paling atas pula direserve khas untuk unit-unit pangsapuri.
Misteri Tingkat Kedua
Korang perasan tak yang H.H. Holmes tak cerita pasal tingkat kedua bangunan dia tu?
Kalau korang nak tahu, tingkat kedua ni lah ‘taman permainan’ yang H.H. Holmes dah sediakan untuk mangsa-mangsa dia. Tidak cukup dengan itu, bangunan ni juga ada basement yang dibina atas tujuan untuk membunuh mereka yang bernasib malang.
Apabila pihak polis menyerbu ke bangunan milik H.H. Holmes ni pada tahun 1894, mereka pada mulanya terkejut dan sangat confuse.
Mana tidaknya, seluruh tingkat dua bangunan itu seolah-olah pagar sesat. Ada sebuah bilik yang ditemukan tanpa sebarang pintu, tetapi ada pula bilik lain yang mempunyai lima pintu. Ada juga beberapa dinding palsu yang sebenarnya bila ditolak, akan membawa sesiapa sahaja ke ruangan lain. Polis juga berjaya menemukan sebuah ruangan kecil tanpa sebarang ruang pengudaraan yang disorok di bawah lantai palsu.
Siasatan lanjut juga mendedahkan bahawa lantai bilik air di apartment milik H.H. Holmes mempunyai pintu rahsia yang menuju ke sebuah ruangan tanpa tingkap. Pihak berkuasa percaya bahawa tempat inilah yang digunakan oleh H.H. Holmes untuk membuang mayat-mayat mangsanya berdasarkan penemuan satu laundry chute besar yang menghala ke tingkat bawah tanah.
Misteri tingkat kedua ini tidak berakhir di situ saja!
Pihak polis juga telah menemukan sebuah bilik yang dilengkapi ruangan kecil untuk gas beracun dilepaskan. Menurut laporan, mereka percaya bahawa H.H. Holmes akan memerangkap mangsanya di ruangan ini dan duduk di bilik lain untuk menyaksikan mangsanya mati dalam keadaan mengerikan.
Hasil siasatan juga mendedahkan bahawa setiap bilik dan tangga yang menuju ke tingkat dua ini dilengkapi dengan alarm. Ini bertujuan supaya H.H. Holmes dapat tahu jika ada sesiapa yang sudah termasuk perangkapnya. Gila!
Kantoi sebab terbabit dengan skim kewangan
Kalau bukan disebabkan dia terlibat dalam kes kecurian dan skim kewangan pada tahun 1894, jenayah H.H. Holmes mungkin tak akan diketahui sampai ke hari ini.
Disebabkan H.H. Holmes sering menukar kontraktor yang membina rumahnya, pihak polis langsung tak tahu yang dia bina bangunan tiga tingkat tu untuk bunuh orang.
Meskipun H.H. Holmes mengaku telah membunuh 27 orang, pengakuannya tidak dapat digunakan di mahkamah kerana dia asyik menukar cerita setiap kali disoal siasat. Oleh itu, jumlah sebenar mangsa H.H. Holmes masih tidak diketahui sehingga hari ini. Namun begitu, ada yang berpendapat seramai 200 individu sudah menemui ajal mereka di tangan H.H. Holmes.
H.H. Holmes akhirnya dihukum gantung sampai mati pada tahun sama dia ditangkap. Rumah yang dibina lelaki itu pula dirobohkan pihak berkuasa pada tahun 1938. Sebuah pejabat pos bernama Englewood Post Office kini berdiri di atas lot tanah itu.
Sumber: All That’s Interesting
Baca: “Kisah Tragis Keluarga Anderson, 3 Generasi Dari Atuk Ke Cucu ‘Dilenyapkan’ Anak Sendiri