“Kawan aku teriyak on the spot weh” – Kena ‘Hembus’ Dengan Lelaki Indonesia, Gadis Site Engineer Angau Macam Orang Gila

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Bak kata orang, nak berbaik tu berpada-padalah. Tak kisah sama ada orang tu siapapun, pastikan kita jaga batas-batas dalam pergaulan.

Min bukan apa, takut je jadi macam gadis ini tak pasal-pasal kena ‘mandrem’ dengan pekerja Indonesia semasa bertugas di kawasan pembinaan. Menerusi perkongsian rakannya di Twitter, gadis ini katanya sudah kena ‘hembus’ dengan mamat Indon sampai jadi angau! 

 

“Punya la gigih cari rezeki kerja pagi petang siang malam sampai satu hari, kena hembus/jampi dengan pekerja indon” 

Menurut rakan mangsa, semuanya bermula bila satu malam tu kawannya yang berkerja sebagai site engineer ni pergi bersembang dengan seorang pekerja Indonesia.

Mulanya kawan dia ni ingat mereka bersembang biasa-biasa sajalah tapi tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba kawan dia ni menangis teresak-esak tanpa sebarang sebab dekat situ jugak. Aik kenapa ni?? 

Sumber: Twitter

 

“Kawan aku ni punya angau tu sampai setiap hari pi kerja tak breakfast pun takpa janji boleh tengok muka pekerja indon tu” 

Sumber: Twitter

 

“Nak tau teruk tak teruk kawan aku ni kena hembus tu, dia berjalan pun sampai bongkok weh!!!” 

Sumber: Twitter

 

“Sini ada orang hembus-hembus kak” 

Sumber: Twitter

 

“Saya kalau nakkan perempuan, senang aja, baca baca, malam malam mesti perempuan tu akan call saya” 

Sumber: Twitter

Ish geram pulak min bila baca kisah macam ni tau. Dalam zaman modern macam ni, masih ada yang amalkan ilmu hitam semua ni. Tak gentleman lah main hembus-hembus ni. Apa-apapun min doakan semoga gadis di luar sana dilindungiNya.

Baca: “Konon testing, rupanya kena ilmu hitam” – Ibu Tertipu Dengan Staf Kedai Kosmetik di IOI City Mall

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!