in

“Konon testing, rupanya kena ilmu hitam…” – Ibu Tertipu Dengan Staf Kedai Kosmetik di IOI City Mall

Kena Tipu Origani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman moden penuh teknologi sekarang ni ada lagi ke orang main taktik kotor bila berdepan dengan pelanggan? Hurmmm…Well, menurut seorang gadis perkara tu betul-betul berlaku sebab ibunya dah pun jadi mangsa kedai kosmetik di IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ni.



Melalui perkongsian di Twitter, gadis tu mendakwa pekerja kedai kosmetik tersebut menggunakan taktik yang kotor atau lebih mudah dipanggil ‘ilmu hitam’ dan menyebabkan ibu dia kerugian hingga RM3,000!

Ada pekerja kedai ni letak cream product tu dekat tangan customer kononnya nak testing, rupanya kena ilmu hitam.”

Kena Tipu Kedai Origani
sumber: twitter

Kata gadis tu, ibu dia sebenarnya cuma lalu dekat kedai tersebut sebelum tiba-tiba didekati pekerja yang sapu produk krim. Lepas tu, ibunya terus jadi mamai dan mendakwa yang pekerja tersebut paksa sampailah dia bersetuju.

Sampai rumah, ibu dia tak boleh nak tidur sebab masih tak percaya yang dia terbeli produk dengan harga RM3,000. Mereka hubungi ustaz dan katanya memang pada krim tu ada ‘jin’. Whuuuutttt….

Produk Ada Jin
sumber: twitter

Disebabkan tu, gadis ni buat keputusan untuk share pengalaman ibu dia agar lebih ramai orang aware dan tak jadi mangsa. Mengejutkan, rupa-rupanya ramai juga warga Twitter yang pernah terkena benda yang sama! Masing-masing tak lepaskan peluang untuk share dekat thread Twitter gadis ni.

Terkena 1

Terkena 2
sumber: twitter

Ada juga seorang gadis cerita yang dia pernah kena tahan dengan pengurus kedai kecantikan tu dan tidak sedar yang dia habiskan RM800 untuk beli produk dekat situ.

Tak pasti kena ilmu hitam ke apa, I pergi IOI Putrajaya kena tahan dengan pengurus Ori**** dan terbeli ni, harga dia RM800. Dah balik baru sedar macam tak berbaloi langsung setan betul!”

Produk Origani

Whatsapp Image 2018 11 26 At 10.51.40

Whatsapp Image 2018 11 26 At 10.51.41
sumber: twitter

But actually, ada juga yang tak setuju dengan cerita ni. Kata mereka, promoter kedai tu yang ada good skills sampai orang beli bukannya sebab unsur ilmu hitam.

Bukan Ilmu Hitam 1 Bukan Ilmu Hitam 2

Bukan Ilmu Hitam 3
sumber: twitter

Korang pernah juga ke jadi mangsa kedai kosmetik ni atau mana-mana kedai lain? Cuba share dengan admin, mana tahu kita boleh sebarkan untuk orang lain juga…

Baca: “Semakin kuat getaran badan saya” – Detik-detik Cemas Hampir Dipukau Oleh Wanita Ini

Memukau

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.