in

“Kau ingat Lofa kisah?” – Peminat Tegar Kecewa Sampai Bakar Tudung Neelofa

Bakarrrrr

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Impak daripada kontroversi pelancaran tudung Naelofar Hijab di kelab malam Zouk masih terasa lagi sehingga kini. Tidak cukup dengan cercaan orang ramai, followers Instagram Neelofa menurun dan gosip penarikan semula Anugerah Ikon Wanita semalam, hari ini timbul pula cerita baru mengenai peminat Neelofa yang patah hati atas semua yang berlaku.


Menerusi rakaman Facebook live wanita bernama Anne Zuraini, dia telah memuat naik video yang memaparkan aksinya sedang membakar beberapa helai tudung Neelofa akibat murung dan kecewa dengan tindakan kurang bijak selebriti yang terkenal dengan rancangan Meletop itu.

https://www.facebook.com/anne.zuraini/videos/2015117891850169/?hc_ref=ARTQtsT_3HoKDfWCMbDON-jEWtUyskEcvtoSD-gGWoMeEall5759SUO5l4O4d2fqPJ4

 

“Saya kecewa sangat dengan kamu Neelofa!” kata Anne dengan nada sedih sambil membakar beberapa helai tudung kegemarannya.

Kekecewaan dan kemarahan Anne juga jelas terpancar apabila dia turut membakar resit dan bag kertas yang bertulis jenama tudung tersebut. Malah apabila ada di kalangan netizen yang menegur tindakannya itu sebagai membazir, ini jawapan yang Anne beri.

^4C582B54Abedf4435B197208Ea1D7Ac5Deb00E4690C400Eb78^Pimgpsh Fullsize Distr
sumber: facebook

Erkkk pakai tudung pun dah rasa macam sampai kat Zouk dah!

Selain itu, ada juga yang mengatakan tindakan Anne sebagai sia-sia kerana Neelofa kemungkinan besar tidak heran pun dengan apa yang dilakukannya. Lebih baik sedekah kepada mereka yang memerlukan kan??

144310O0Zn4Icey1Ezed6N
sumber: cari

Walau apapun, tak perlulah boikot dengan cara yang ekstrem macam tu. Rasanya Neelofa tak meraung pun tengok kan? Yang penting korang beli produk dia. Hmm…

Baca: Neelofa Boleh Berdepan Dengan Tindakan Undang-undang Kerana Menyebabkan Agama Dipandang Hina 

Ne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.