in

Neelofa Boleh Berdepan Dengan Tindakan Undang-undang Kerana Menyebabkan Agama Dipandang Hina

Loffaaa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejurus isu pelancaran tudung Naelofar Hijab (NH) di kelab malam tular empat hari lepas, pelakon Suri Hati Mr. Pilot, Neelofa telah berdepan dengan pelbagai penghinaan dan cercaan netizen sehingga menjejaskan perjalanan karier selebriti ini.


Ini termasuklah dakwaan daripada NGO seperti HartaGuam yang berkata pengacara Meletop ini boleh mendedahkan dirinya kepada tindakan undang-undang di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1977, lapor Harian Metro. Wuish iye ke ni??

Lofa 3
sumber: instagram

Menurut Timbalan Presiden Persatuan HartaGuam, Salkukhairi Abd Sukor, berdasarkan Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1977, sesiapa yang dengan cara apa sekalipun boleh menyebabkan agama Islam dipandang hina telah melakukan satu kesalahan dan jika sabit kesalahan individu itu boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenyataan yang dihantar melalui emel itu juga menjelaskan bahawa Neelofa turut berhadapan dengan Seksyen 35 akta yang sama atas tuduhan menganjurkan, mendorong atau menggalakkan orang lain untuk melakukan maksiat. Jika sabit kesalahan dia boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Phew!  

Lofa 1
sumber: bh

Bagi Salkukhairi, tindakan Neelofa dengan melancarkan jenama tudung di kelab malam boleh memberi gambaran negatif terhadap wanita Muslim yang bertudung dan sekaligus menjatuhkan kesucian agama ini.

Selepas ini pasti ada yang beranggapan wanita Muslimah boleh pergi dan menari di kelab malam, asalkan mereka memakai tudung.

“Ini persepsi yang silap dan perlu diperbetulkan kerana Islam mensyariatkan seseorang wanita itu perlu menutup aurat untuk menjaga maruah dan melindungi mereka daripada terjebak dengan perbuatan maksiat yang bertentangan dengan syarak,” jelasnya lagi.

Lofa 4
sumber: nst

Walau bagaimanapun, Salkukhairi berkata, terpulanglah kepada Majlis Agama Islam Wilayah (MAIWP) untuk mengambil tindakan undang-undang atau menjatuhkan hukuman kepada selebriti tersebut ataupun sebaliknya.

“Jika pihak berkuasa agama ingin mengekang perbuatan itu, tindakan undang-undang yang sewajarnya perlu diambil sebagai pengajaran dan mendidik masyarakat Islam supaya lebih sensitif, terutamanya bagi seorang selebriti yang mempunyai ramai pengikut seperti Neelofa,” katanya.

Lofa 5
sumber: instagram

Dalam pada itu, Timbalan Presiden HartaGuam ini juga menasihatkan umat Islam untuk lebih peka dan hormatilah kesucian agama Islam ini. Kalau ada keraguan mengenai sesuatu perkara, eloklah rujuk ulama dan pakar undang-undang sebelum membuat sebarang tindakan.

Sungguhpun Neelofa sudah membuat permohonan maaf, ini tidak bermaksud dia terlepas daripada tindakan undang-undang, tambah Salkukhairi lagi.

Lofa 2
sumber: instagram

Susulan isu ini, Neelofa dilaporkan telah kehilangan lebih 100,000 pengikut di Instagram dan dia terpaksa membatalkan kehadirannya dalam acara TN50 yang diadakan semalam.

Sama-samalah kita mengambil iktibar dari isu ini. 

Baca: “Neelofa perlu bertaubat” – Ulama-ulama Beri Nasihat Supaya Hajah Neelofa Berubah 

Mufti Lofa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.