in

Kes Budak 8 Tahun Maut Didera, Jiran Pelik Sudah Lama Tak Nampak Kelibat Mangsa

budak 8 tahun maut didera

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penduduk pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang memaklumkan sudah lama tidak nampak kelibat kanak-kanak perempuan yang maut dipercayai didera ibu kandung dan bapa tiri.

Salah seorang penduduk yang enggan dikenali itu berkata, kanak-kanak berusia 8 tahun itu pernah dilihat bermain bersama adiknya di sekitar kediaman itu namun sejak belakangan ini, kanak-kanak terbabit tidak kelihatan seperti biasa.


“Lama juga saya tidak nampak dia keluar bermain seperti biasa, selalunya dia ada main di depan rumah dengan adik-adik dia dan budak-budak yang lain,” katanya.

Artikel berkaitan: “Jerit minta anak cari barang” – Kes Dera Anak Angkat, Jiran Kongsi Sering Dengar Suara Budak Menangis

Artikel berkaitan: “Nasib baik ada jiran”- Belakang Badan ‘Berlubang’, Kanak-kanak Lelaki Dipercayai Didera Ibu & Kawan Pengkid

Sementara itu, penduduk di blok yang sama juga melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu kerana beranggapan keluarga tersebut dilihat normal dan tidak pernah membuat sebarang masalah.

Screenshot 2024 08 19 104937

Menurutnya, ibu kandung serta bapa tiri kepada mangsa tinggal di pangsapuri berkenaan sejak setahun lalu.

“Mereka ini tak sombong, ada juga bertegur sapa, sejak mereka tinggal di sini tak pernah pula dengar ada pertengkaran, kanak-kanak di sini juga kerap ke rumah itu untuk membeli aiskrim,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan ditemui maut dengan kesan kecederaan dipercayai didera di sebuah pangsapuri dekat Bandar Tasik Puteri, Rawang, pada Sabtu.

Siasatan mendapati terdapat kecederaan pada tubuh badan mangsa dipercayai dilakukan menggunakan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju, dan senjata tumpul.

Susulan itu, polis membuat tangkapan membabitkan pasangan suami isteri dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.