“Kau berambus dari negara aku” – Gadis Kena Belasah Dengan 2 Wanita Korea Gara-Gara Minta Tisu

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Wanita dari Stockholm, Sweden yang menetap di Seoul, South Korea baru-baru ini ada kongsikan satu insiden tragis yang melanda dirinya melalui Facebook.

Gadis yang dikenali sebagai Sarah tak pasal-pasal kena serang dengan warga tempatan kat sana.

 

Kena serang, tapi pihak berkuasa macam bias      

Masa kawan Sarah tengah gunakan toilet awam di Itaewon, dia tengah kat luar, kat situ ada seorang lagi minah Korea yang tunggu kawan dia juga.

Disebabkan kat dalam tu tak ada tisu, dia pun cuba lah minta kat minah ni untuk pass kan kat kawan dia, tiba-tiba minah tu belasah Sarah, lepas tu member minah tu pun pergi join sekali.

Saya tanya ada tisu tak? Tiba-tiba dia pergi ketuk kepala saya, tarik rambut saya lepastu kawan dia keluar pukul sekali, pijak-pijak kepala saya, gigit, cekau dan cuba nak rosakkan muka saya. Lepastu dia cekik saya lagi

Kawan Sarah yang cuba nak selamatkannya pun kena pukul sekali. Tapi yang kurang ajarnya perempuan dua orang tu boleh play victim bila ada orang lain masuk untuk leraikan serangan tu.

“Kawan saya pun kena serang bila cuba nak selamatkan, bila staff kat sana dah sampai dan nak bawa kami keluar, diaorang pergi tolak kami. Tapi orang Korea tu dilindungi sebab diaorang berlakon macam diaorang tu yang mangsa “

Tak cukup dengan tu, dia boleh pula bagi kata-kata kesat masa dekat balai polis! Polis pun macam back up perempuan-perempuan tu!

Masa kat dalam pejabat balai polis, saya menjerit kat diaorang tanya kenapa dia serang saya dan pihak polis asyik suruh saya diam, ini tak adil dan sangat tindak menghormati kami.”

“Perempuan korang tu pula boleh balas kau berambus dari negara aku”

Sarah kini masih trauma dengan kejadian tu, dia dah mula rasa terancam sebab menurutnya dia tak pernah kena serang macam ni sekali.

Saya rasa tak selamat dan saya susah nak bergerak dari katil, saya rasa saya tak boleh nak duduk kat sini lagi. Apa yang patut saya buat?”

Lepasni kena ambil langkah berhati-hati lah, kalau nak ikut kan racist macam ni mana-mana negara pun ada.

 

Baca : “Jangan bawa perangai buruk dari negara anda ke Malaysia”- Pelancong China Selamba ‘Berak’ Tepi Pantai Port Dickson

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Si gemuk yang tengah berpulun nak kuruskan badan tapi kuat makan, namun selepas 6 bulan lelaki ini berjaya menghilangkan RM 1,000 tanpa sebarang kg.