Di media sosial sekarang ni kecoh betul dengan spekulasi dan teori konspirasi mengenai Kate Middleton yang dikatakan telah menghilangkan diri ni.
Desas-desus kehilangan Puteri Wales ini mula menular selepas tiada sebarang gambar dari Istana Kensington mahu pun paparazi yang menunjukkan keadaan Kate selepas dia diumumkan telah menjalani pembedahan perut pada Januari lalu.
Korang bayangkan je lah sendiri, Kate Middleton merupakan salah seorang individu yang gambarnya paling banyak diambil di dunia dan telah menjalani kehidupannya di hadapan mata awam sejak dia menjadi kekasih Putera William di kolej tiba-tiba hilang dan tak kelihatan sejak Disember lalu, pelik kan?
Kalau korang nak tahu misteri disebalik kehilangan Kate ni, jom baca artikel dekat bawah ni!
Artikel berkaitan: Palsukan Kematian? Ini Antara 5 Teori Konspirasi Kematian Puteri Diana #Throwback
Artikel berkaitan: Putera William Main Kayu Tiga Dengan Bestfriend Kate Middleton? Keluarga Diraja Enggan Komen
Permulaan kehilangan Kate Middleton
Pada Hari Krismas 25 Disember 2023, Kate telah dilihat meninggalkan gereja di Sandringham dan itu merupakan penampilan awam terakhirnya. Istana Kensington kemudiannya mengumumkan Kate telah menjalani pembedahan bahagian perut yang dirancang dan dikatakan akan berada di hospital selama 10 ke 14 hari.
Selain itu, istana tersebut turut mengatakan bahawa Kate tidak akan menyertai apa-apa majlis awam sehingga selepas Hari Paskah (Easter), yang akan jatuh pada 31 Mac nanti. Kemudian pada 29 Januari, Istana Kensington memberitahu bahawa Kate telah pun pulang ke rumah.
Walaupun 31 Mac masih belum tiba, netizen telah mempersoakan ketiadaan Kate selepas tak melihat apa-apa gambar rasmi serta maklumat tentang kesihatannya. Perkara ini lebih menimbulkan tanda tanya apabila Putera Williams telah membatalkan kemunculannya di majlis peringatan Raja Constantine dari Yunani atas alasan tidak jelas dan hanya mengatakan ada “urusan peribadi”.
Teori konspirasi mengenai kehilangan Kate Middleton
Disebabkan ini, banyak teori konspirasi telah dikeluarkan oleh netizen di pelbagai platform media sosial. Antaranya ada yang mengatakan bahawa Kate mungkin mengalami masalah kesihatan yang kronik dan mungkin sedang tenat atau dalam koma.
Ada juga teori mengatakan perkahwinan Kate dan William sedang bergolak dan menyebabkan Kate telah menyembunyikan diri. Ada juga yang cakap Kate telah pun meninggal dunia dan akan digantikan dengan orang yang serupa dengannya.
Namun begitu, ada juga yang buat beberapa teori lawak mengenai misteri ini, antaranya Kate sedang tunggu rambutnya panjang kerana tersalah potong, sedang pulih dari pembedahan plastik dan macam-macam lagi. Manakala pihak istana pula hanya menafikan perkara ini dengan berterusan memberitahu bahawa Kate dalam keadaan baik.
Kenapa ramai anggap kerabat diraja cuba sorok fakta sebenar tentang Kate Middleton?
Where’s #KateMiddleton ⁉️ pic.twitter.com/94rd89Vdbx
— Iris Seraphina ♈️🧐🇺🇸Q🥰⛪️🙏🏼🙌🏼✝️ (@iris_seraphina) March 13, 2024
Ketika pengumuman tentang pembedahan perut yang telah dirancang dibuat oleh Istana Kensington, ramai yang tertanya-tanya jika benar pembedahan tersebut telah dirancang, kenapa sebelum ni Kate dan William umum nak buat lawatan panjang ke Itali sebelum batalkannya?
Selain itu, tempoh sembuh dari pembedahan yang dikatakan akan mengambil masa 10 ke 14 hari di hospital menunjukkan yang pembedahan tersebut bukanlah satu pembedahan yang kecil.
Tak cukup dengan itu, pada hari yang sama Istana Buckingham turut mengumumkan bahawa Raja Charles akan menerima rawatan bagi pembesaran prostat yang dialaminya. Ini membuatkan orang merasakan perkara ini agak fishy ekoran dua kerabat diraja berpangkat tinggi menjalani rawatan perubatan pada hari yang sama.
Beberapa minggu kemudian, situasi kesihatan Kate masih menjadi misteri sementara Charles pula bersikap terbuka dengan masalah kesihatannya. Macam pada Februari lalu, Charles mengumumkan bahawa dia telah didiagnos dengan kanser namun ia dapat dikesan awal dan telah pun memulakan rawatan.
Semakin lama kehilangan Kate makin menjadi misteri apabila tak ada satu pun gambar Kate yang diambil oleh paparazi telah dimuat naik. Terdapat satu gambar menunjukkan William melawat hospital tapi tak ada seorang pun yang nampak Kate pulang dari hospital.
Kate juga tidak memuat naik apa-apa gambar menunjukkan dia sedang menjalani proses pemulihan di Instagram dan tak ada paparazi juga yang dapat menangkap gambarnya masuk ke dalam mana-mana kereta secara sorok-sorok.
Tambah lagi, kerabat diraja dijangka untuk terus memberitahu orang awam tentang kesihatan diri mereka dari semasa ke semasa. Malah sebelum ini, setiap kali selepas Kate melahirkan tiga orang anaknya, dia akan membuat penampilan di depan hospital bagi menunaikan tanggungjawab untuk memberitahu orang awam mengenai keadaan dirinya selepas bersalin. Jadi kenapa pembedahan kali ini lain pulak?
Istana Kensington muat naik gambar edit?
Lebih memburukkan keadaan, pada 10 Mac lalu, Istana Kensington telah mengeluarkan gambar Puteri Wales bersama anak-anaknya sempena sambutan Hari Ibu di UK. Gambar ini sepatutnya menjadi gambar rasmi pertama Kate Middleton selepas pembedahan.
Tapi, tak lama selepas gambar yang didakwa diambil sendiri oleh Putera Williams seminggu sebelum sambutan Hari Ibu itu, beberapa peminat telah menunjukkan beberapa perkara yang tak kena dengan gambar yang dimuat naik termasuk lengan baju Puteri Charlotte yang kelihatan tak sama.
View this post on Instagram
Tak cukup dengan itu, ada yang mengatakan pokok di dalam gambar tersebut dilihat lebat sepenuhnya sedangkan musim bunga baru bermula.
Disebabkan ini, beberapa agensi gambar besar termasuk AP dan Reuters telah menarik semula gambar tersebut dari disiarkan di laman mereka dengan mengatakan gambar tersebut telah dimanipulasi dan disunting.
Pada mulanya, pihak istana enggan memberikan komen mengenai gambar tersebut namun pada Isnin lalu, Puteri Wales telah memohon maaf dan mengakui bahawa dia telah menyunting gambar yang sepatutnya menjadi gambar rasmi pertamanya selepas menjalani pembedahan pada Januari lalu.
Seperti jurugambar amatur yang lain, saya juga kadang-kadang akan bermain dengan suntingan. Saya mahu meminta maaf atas kekeliruan yang telah berlaku dengan gambar keluarga yang dikongsikan semalam. Saya harap semua yang menyambut mempunyai sambutan Hari Ibu yang terbaik. C”
Like many amateur photographers, I do occasionally experiment with editing. I wanted to express my apologies for any confusion the family photograph we shared yesterday caused. I hope everyone celebrating had a very happy Mother’s Day. C
— The Prince and Princess of Wales (@KensingtonRoyal) March 11, 2024
Walaupun permohonan maaf telah dibuat oleh Kate, Istana Kensington mengatakan yang mereka tak akan keluarkan gambar original tanpa suntingan.
Kemudian, pada hari yang sama selepas permohonan maaf dikeluarkan, Kate didakwa telah dilihat meninggalkan Windsor Castle. Gambar tersebut menunjukkan Putera Williams di dalam kereta bersama seorang wanita berambut hitam dengan hanya telinga dan pipi yang kelihatan.
Bagaimanapun, ramai mengatakan bahawa gambar tersebut fake dan telah disunting menggunakan salah satu gambar lama Kate Middleton.
Hm kalau dengar teori-teori dari orang memang rasa macam ada benda tak kena, tapi kita tunggu je lah 31 Mac nanti…