in

“Katanya datang KL nak kerja cleaner” – Warga Emas Terpaksa Jalan Kaki Balik Kelantan Sebab ‘Diperdaya’ Kawan Bagi kerja

Pakcik2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dapat bayangkan betapa terkilannya hati pakcik ni bila harapan nak dapat kerja dan terus menetap di ibu kota itu punah apabila dia kena tipu dengan kawan sendiri.

 

Jalan kaki dari Subang ke Kelantan


Penat-penat datang ke KL dari Kelantan tiba-tiba bila dah sampai kawan kata tak ada kerja. Datang sehelai sepinggang dan duit yang terhad, pakcik ni terpaksa jalan kaki Dari Subang ke Kelantan.

Mujurlah Hafizi terserempak dengannya masa di tol Bentong.

Eoocdyuuwaiolzn Eoocdyxueaadyzp Eoocdzbuyaehlxt

Pada mulanya Hafizi nak bawa pakcik ini ke Paka dan belikan tiket bas, tapi dia enggan menerimanya kerana pakcik tersebut akan mabuk kalau naik bas.

Jadi, dia minta hantarkan ke kawasan Karak- Termerloh sebab dia boleh cari sesiapa yang boleh tumpangkan dia.

“Kesian wei datang jauh-jauh kne tipu dgn kwn. Aku ada bg sikit duit n mineral water. Harap2 pakcik slmat smpai”

Perkongsian ini dimuat naik pada 14 Januari 2020 harap pakcik ni dah selamat sampai rumah. Andaikata belum dan ada antara korang yang menemuinya, Hafizi menyeru agar sesiapa yang boleh bantu, berilah bantuan sebaik mungkin.

Melihat keadaan pakcik ni ramai netizen yang tak dapat tahan sebak sebab mereka terbayangkan jika ia terjadi kepada bapa mereka sendiri.

Malah ketika perkongsian ini viral, masih ada segelintir netizen yang cuba nak hulurkan bantuan kepada pakcik ni.

 

Bayangkan kalau ayah kita – Netizen

Pakcik

Mudah-mudahan pakcik ni sekarang dah selamat sampai dan segala urusan dipermudahkan. Amin

Baca : “Jumpa kat tepi jalan basah lencun, penat separuh nyawa” – Kisah Pilu Bekas Guard Sorong Motor Dari KL ke Penang Lepas Dipecat Minta Gaji

Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.