“Jumpa kat tepi jalan basah lencun & penat separuh nyawa” – Kisah Pilu Bekas Guard Sorong Motor Dari KL ke Penang Lepas Dipecat Minta Gaji

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Lepas dibuang kerja, bekas pengawal keselamatan di Kuala Lumpur ini terpaksa menyorong  motor sendiri selama 6 jam sebab habis petrol. Allahuakbar.

Lelaki yang umurnya dalam lingkungan awal 30 an itu, kerah tenaga di bawah panas terik dekat tepi highway Tapah, Perak. Dia dibuang kerja kerana menuntut haknya sebagai pekerja apabila majikan gagal bayar gaji.

 

Dah dua bulan kerja tak bayar gaji. Lepas tu saya mintak gaji nak kirim kat kampung, pastu boss saya terus marah.”

Menurut Malay Mail Online, seorang pengguna Facebook Iwan Putra menemui lelaki tersebut ketika dalam perjalanan menuju ke Seberang Perai, Penang dari Kuala Lumpur pada Ahad lepas.

Ketika ditemui, keadaan lelaki tersebut begitu menghibakan sekali, sorong motor di bawah panas terik, lencun satu badan dan muka nampak letih.

Terdetik hati nak tolong, Iwan berhenti dan tanya keadaan motor lelaki itu jika berlaku kerosakan dan ingin menghulurkan bantuan tapi ditolak.

Dia menjelaskan yang dia dalam perjalanan balik ke halamannya di Nibong tebal, Penang, selepas dibuang kerja. Lelaki ini anak yatim sejak lahir.

Motor kehabisan petrol ketika dalam perjalanan pulang, dan dia terpaksa sorong motornya selama 6 jam lamanya sebab dah tak ada duit nak isi kerana dia hanya berbekalkan RM 5 ketika dalam perjalanan pulang tu.

“Saya dapat kerja di KL sebagai pengawal keselamatan, dah dua bulan saya bekerja di Bukit Jalil. Makan minum tempat tinggal disediakan.”

“Dah dua bulan kerja tak bayar gaji. Lepas tu saya mintak gaji nak kirim kat kampung, pastu boss saya terus marah.”

“Dia bagi saya duit lima ringgit. Dia kata lepas ni aku tak nak tengok muka kau. Dengan duit 5 ringgit tu saya isi minyak. Sampai di Tanjung Malim minyak motor habis, tu yang saya tolak.”

Allahu sebaknya bila baca, apalah nasib orang kena tindas macam ni. 

Tak tahan rasa sebak Iwan menawarkan bantuan untuk dia pulang ke rumah, Iwan tak sanggup tengok dia dalam kesusahan ini sebab dia sendiri pernah rasa.

“Saya pernah tolak motor saya dari Sungai Buloh ke Setapak, KL pukul 3 pagi, tak ada orang yang berhenti atau cuba nak bantu saya, mungkin diaorang takut dan saya pula segan nak minta tolong” – Iwan

Pemuda itu pada mulanya enggan menerima pertolongan Iwan tapi akhirnya dia terima. Jangan kata Iwan je, admin sendiri tak dapat nak tahan sebak.

“Sampai di Penang saya turunkan dia di sebuah pam minyak. Saya bagi dia 10 ringgit. Nak bagi lebih tapi saya bukan orang senang. Hanya mampu bagi seihklasnya saja.”

Dari situ Iwan merasa sangat-sangat bersyukur atas diri yang selama ini merasa tak pernah cukup atas apa yang telah diberikan.

 

Baca :  Tak Sangka! Pramugari Dipecat Hanya Sebab Ni Je

 

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Izuan Jelani

Mende?