“Karma, buat penat je” – Semua Tisu Yang Diborong Akibat ‘Panic Buying’ Lesap Lepas Anak Rendam Dalam Bathtub

Tambah ke Sumber Pilihan
“Karma, buat penat je” – Semua Tisu Yang Diborong Akibat ‘Panic Buying’ Lesap Lepas Anak Rendam Dalam Bathtub

Antara kesan yang paling teruk terhadap orang diseluruh dunia ini adalah rasa panik mereka untuk keluar rumah, sebab itulah berlakunya panic buying dimana orang akan borong barang sampai licin sebab nak ‘selamatkan diri’

Masa ini lah kita nampak sikap selfish manusia tanpa ‘beri ruang’ kepada pengguna lain. Di luar negara, tisu tandas merupakan barang yang menjadi rebutan kerana ia merupakan keperluan asas mereka berbanding kita yang kat Malaysia ni, faham-faham je lah.


Panic Buying

Malang betul buat nasib seorang ibu ni lepas semua 18 gulung tisu tandas yang dia beli tu lenyap dek kerana perbuatan anak kecilnya. Kesemua tisu itu telah dibuang di dalam tab mandi.

Kesemua tisu itu dibeli kononnya persediaan awal memandangkan musim panic buying ini agak sukar nak dapatkan barang yang tengah menjadi rebutan itu dengan mudah.

Insiden yang dikongsikan di Twitter ini telah meraih 1,300 jumlah perkongsian. Dapat dilihat semua tisu itu habis kena rendam dengan air bersama mainan-mainan yang lain.

Bagaimanapun, rata-rata netizen memandang sinis terhadap ‘nasib malang’ si ibu dari negara barat tersebut. Bagi mereka ia adalah satu karma buat si ibu kerana terlalu pentingkan diri sendiri.

Karma – Netizen

Karma Karma2 Karma3 Karma4

Seperti yang dikatakan tadi, rasanya ramai tahu tisu tandas ini satu barang keperluan harian mereka, disebabkan stok yang terhad ada yang ambil kesempatan menjual tisu tandas tisu sehelai-sehelai dengan harga yang tak masuk akal.

Bersyukurlah kita di Malaysia maih terkawal, cuma kalau nak panic buying tu beragak-agaklah, jangan sampai tak ada ruang untuk orang lain.

Baca : “Ingat satu pek cukup ke seminggu period?” – Kementerian Pesan Jangan ‘Panic Buying’ Tapi Pegawai Tahan Wanita Beli 2 Pek Tuala Wanita?

Pad

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Karma, buat penat je” – Semua Tisu Yang Diborong Akibat ‘Panic Buying’ Lesap Lepas Anak Rendam Dalam Bathtub
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/karma-buat-penat-je-semua-tisu-yang-diborong-akibat-panic-buying-lesap-lepas-anak-rendam-dalam-bathtub/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM