in

Kenali Vozinha, Penjaga Gol Cape Verde Berumur 40 Tahun Yang Berjaya Buat Sepanyol ‘Tersekat’

Syaz Ft 2026 06 16T153434.603

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Demam Piala Dunia FIFA 2026 nampaknya berbaki dengan pelbagai kejutan yang sukar dijangka oleh peminat bola sepak seluruh dunia. Namun, dalam banyak-banyak perlawanan peringkat kumpulan, aksi antara pasukan gergasi Sepanyol menentang pasukan kerdil, Cape Verde (Tanjung Verde) paling mencuri tumpuan netizen.

Mana tidaknya, pasukan kerdil yang menduduki ranking ke-67 dunia itu berjaya mengikat Juara Eropah, Sepanyol dengan keputusan seri 0-0!


Di sebalik keputusan bersejarah itu, nama penjaga gol veteran Cape Verde terus menjadi bualan peminat. Jom kita kenali siapa sebenarnya Vozinha, ‘tembok’ kental yang kini menjadi kegilaan global.

Siapa Sebenarnya ‘Vozinha’?

Nama sebenar pemilik susuk tubuh berketinggian 1.89 meter ini ialah Josimar José Évora Dias. Gelaran “Vozinha” yang bermaksud “Little Voice” (Suara Kecil) dalam bahasa Portugis sebenarnya diberikan oleh datuk dan nenek yang membesarkannya sejak kecil. Walaupun pada mulanya beliau tidak menyukai gelaran itu, siapa sangka nama itulah yang akhirnya dijulang satu dunia pada hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Josimar Dias (@vozinha1)

Vozinha boleh dianggap sebagai seorang journeyman dalam dunia bola sepak kerana pernah beraksi di 9 kelab berbeza merentasi 6 buah negara, termasuklah Angola, Moldova, Cyprus, dan Slovakia. Beliau kini menyarung jersi kelab divisyen dua di Portugal, G.D. Chaves.

Artikel berkaitan: Nak Tengok Bola Tapi Tersalah Fokus! Ini 7 Pemain Kacak Bawah 30 Tahun Yang Beraksi Di FIFA World Cup 2026!

Artikel berkaitan: Gara-Gara Aksi R*sis ‘Slanted-Eyes’ Di Stadium World Cup, Lelaki Warga Mexico Hilang Kerja!

Pecah Rekod Piala Dunia Pada Usia 40 Tahun!

Dalam perlawanan menentang Sepanyol, skuad La Roja telah melancarkan 27 asakan bertubi-tubi ke gawang Cape Verde. Bagaimanapun, Vozinha berdiri teguh bagai tembok konkrit dengan melakukan 7 penyelamatan (saves) bertaraf dunia bagi menafikan gempuran bintang muda hebat seperti Lamine Yamal dan Pedri. Beliau secara rasmi dinobatkan sebagai Superior Player of the Match oleh FIFA.

Lebih menarik, penampilan sulungnya pada usia 40 tahun 12 hari itu telah memecahkan rekod sebagai pemain tertua yang membuat debut penuh dalam perlawanan pertama sesebuah negara di pentas Piala Dunia!

Followers IG Melonjak Dari 46K Ke Jutaan Dalam Semalam!

Penangan aksi Vozinha bukan sahaja dirasai di dalam stadium, malah meletus hebat di media sosial. Sebelum ini akaun Instagram miliknya hanya mempunyai sekitar 46,000 pengikut, angka itu terus melonjak naik melepasi angka 1.8 juta dalam tempoh satu malam! Kini, akaunnya itu mempunyai pengikut sebanyak 4.7M.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Fenomena luar biasa ini tercetus selepas saluran YouTube terkemuka Brazil, CazéTV, menggerakkan kempen siber secara besar-besaran bagi mengajak peminat bola sepak meraikan kehebatan penjaga gol veteran ini. Impaknya begitu dahsyat sehinggakan jumlah pengikutnya menewaskan beberapa bintang sukan ternama Amerika Syarikat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by CazéTV (@cazetv)

Menangis Teresak-esak Lepas Wisel Penamat, Rupanya…

Di sebalik kegembiraan dan kejayaan meraih satu mata berharga, ada satu babak yang menyentuh hati netizen apabila Vozinha dilihat menangis teresak-esak di atas padang sebaik sahaja perlawanan tamat. Mula-mula, ramai menyangka itu adalah tangisan gembira, namun rupa-rupanya ada kisah duka yang tersimpan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 433 (@433)

Vozinha mendedahkan bahawa ibunya tidak dapat hadir ke stadium di Amerika Syarikat untuk menyaksikan detik paling bersejarah dalam hidupnya itu. Hal ini disebabkan oleh kekangan kewangan bagi memenuhi syarat bon visa AS yang mencecah sehingga $15,000 (sekitar RM70,000++), menyebabkan ibunya kesuntukan wang dan masa untuk melengkapkan permohonan tersebut.

Tangisan itu juga mengalir sebagai menghormati mendiang datuk dan neneknya yang telah banyak berkorban sewaktu membesarkannya dahulu.

Bukti Umur Bukan Penghalang Impian

Kisah Vozinha ini adalah bukti nyata bahawa perancangan Tuhan itu sentiasa datang pada waktu yang tepat. Beliau hanya mula bermain bola sepak secara profesional pada usia yang agak lewat iaitu 25 tahun (2012) dan pernah beberapa kali terfikir untuk bersara awal daripada sukan ini.

Namun, berkat kesabaran dan keazaman yang tinggi, beliau akhirnya mendapat ganjaran terbesar dalam kariernya pada usia 40 tahun. Kisah Vozinha ini pastinya menyuntik inspirasi kepada kita semua supaya jangan pernah berhenti mengejar impian selagi bernyawa.

Sumber: The Guardian, CazéTV, FIFA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.