in

[VIDEO] Leandro Paredes Dilayangkan Kad Merah, Gara-gara Cuba Cek*k Pemain Lepas Wisel Penamat

Ft Paredes

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perlawanan akhir Piala Dunia di Stadium MetLife merupakan detik mengecewakan buat Argentina apabila salah seorang pemain tengahnya Leandro Paredes bertindak di luar kawalan. Dia mungkin akan menghadapi tindakan disiplin biarpun Piala Dunia sudah 2026 berakhir.

Selepas kemenangan 1-0 Sepanyol dalam masa tambahan, ketua jurulatih Argentina, Lionel Scaloni terus bergegas ke padang apabila dia melihat pemainnya bergaduh dengan pemain dari Sepanyol. Pada waktu itu, Paredes telah pun dilayangkan kad kuning kerana menolak Dani Olmo pada awal perlawanan.


Artikel berkaitan: Pertama Kali Dalam Sejarah, Juara Piala Dunia Akan Sarung Cincin Khas FIFA

Artikel berkaitan: Tidak Dapat Genggam Piala Dunia Sepanjang Karier, Cristiano Ronaldo Menangis Keluar Padang

Bagaimanapun, tindakan Paredes jadi semakin melampau apabila dia dilihat menolak Pablo Martín Páez Gavira dan mencekik pemain Sepanyol iaitu Eric García. Kejadian itu menyebabkan Argentina menamatkan perlawanan dengan 2 pemain dibuang padang selepas Enzo Fernández sebelum itu menerima kad merah pada minit ke 90+3.

Screenshot 2026 07 20 114024

Menurut Sinar Harian, kejadian ini mengimbau saat Piala Dunia 1990 selepas Argentina gagal mempertahankan kejuaraan selepas berdepan dengan masalah disiplin dalam aksi final. Dilaporkan bahawa Paredes sudah beberapa kali terlepas daripada hukuman lebih berat sepanjang perlawanan.

Kekalahan kepada Sepanyol menjadikan Argentina gagal mempertahankan trofi Piala Dunia, manakala La Roja dinobatkan juara dunia buat kali kedua selepas kejayaan pada 2010.

Sumber : ftw.usatoday.com, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.