in

UAI Dedah 6 Jersi Piala Dunia Yang Mempunyai Lambang Salib & Tak Digalakkan Dipakai Oleh Umat Islam

Ft Jersi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam keterujaan kita dengan musim Piala Dunia, pastinya ramai yang akan menyarung jersi pasukan kegemaran mereka.

Namun begitu, perlu diingatkan batasnya kerana pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus menjelaskan terdapat beberapa jenis jersi pasukan bola ini mempunyai simbol-simbol tertentu yang bercanggah dengan agama Islam.


Artikel berkaitan: 5 Lokasi Street Art di Malaysia Yang Cun Untuk Bergambar, Nak Bawa Anak-Anak Pun Sesuai

Artikel berkaitan: Babak Berahi Aidil Aziz & Trisha Ooi Dikecam, Tak Sesuai Dengan Bulan Ramadan

Tak jadi kafir tapi hukumnya haram – Ustaz Azhar Idrus

@bammie85

Replying to @Jettoyota Peminat Brazil jangan bimbang..Buat macamni kat jersey korang..✌️😃

♬ original sound – BAMMIE – BAMMIE

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa terdapat jersi yang memang sengaja meletakkan logo-logo agama lain kerana sudah membuat kaji selidik sendiri.

Bahkan, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut menyatakan hukum jika memakai jersi yang mempunyai lambang-lambang dari agama lain itu.

“Kita pakai lambang-lambang agama lain, hukumnya haram. Tak jadi kafir, tetapi hukumnya haram. Kita orang Islam diharamkan memakai syiar agama lain, contoh salib.”

“Pakai dalam solat, solatnya sah. Tetapi perbuatan memakai pakaian itu haram, sama ada dalam solat atau luar solat.”

Namun begitu, UAI menjelaskan bahawa tiada masalah jika penyokong beragama Islam menyarung jersi pasukan bola yang tiada unsur-unsur agama lain pada logo dan pakaian tersebut.

“Jersi-jersi yang tiada logo syiar orang kafir, harus dipakai. Contohnya kelab Arsenal, itu tidak haram kerana tiada syiar orang kafir.”

“Antara yang sahih ada lambang salib adalah jersi Brazil. Boleh beli jersi ini, tetapi conteng di bahagian salib, jangan bagi nampak lambang salib.”

Dalam pada itu, UAI juga ada menyenaraikan 6 pasukan yang logonya mempunyai lambang-lambang agama lain.

@bammie85

6 Team World Cup yg ada lambang Salib pada Bendera..😱

♬ original sound – BAMMIE – BAMMIE

“Menurut hemat saya, ada enam kumpulan yang mempunyai lambang salib di jersi mereka iaitu Norway, Belgium, Sweden, Brazil, Portugal dan Switzerland. Contohnya pada jersi Portugal memang ada salib, bukan kebetulan.”

“Sebelum ini saya pernah ke laman sesawang rasmi mereka dan apabila klik pada logo akan terpapar sejarah logo, iaitu memang tentang salib agama Kristian. Apabila ada lambang agama lain, kita orang Islam sebaiknya tidak memakainya.”

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.