Kapal Terbang MAS Dari Sydney Terpaksa Berpatah Balik Gara-gara Penumpang Buat Kecoh Atas Flight

Tambah ke Sumber Pilihan
Kapal Terbang MAS Dari Sydney Terpaksa Berpatah Balik Gara-gara Penumpang Buat Kecoh Atas Flight

Kecoh di media sosial apabila seorang lelaki dikatakan membuat kecoh dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH122 dari Sydney ke Kuala Lumpur.

Difahamkan, kapal terbang berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Sydney pada 1.40 tengah hari semalam untuk penerbangan lapan jam ke Kuala Lumpur namun berpatah palik dan mendarat semula di landasan pada 3.47 petang.

Cats 41Sumber: Twitter

Untuk video penuh, klik di sini.

Kekecohan berlaku apabila lelaki berkenaan membuat ‘kacau’ dengan menjerit dan mengancam kru penerbangan serta penumpang lain sambil memeluk begnya.

Video situasi getir itu tular di media sosial dan mendapat perhatian netizen dari dalam serta luar negara.

Menurut laporan Harian Metro, Polis Persekutuan Australia (AFP) mengesahkan lelaki berasal dari Canberra yang berusia 45 tahun itu didakwa dengan satu pertuduhan membuat kenyataan palsu mengenai ancaman untuk merosakkan pesawat itu, kononnya dia memiliki bahan letupan.

Selain itu AFP dalam kenyataan yang sama, memberitahu penumpang penerbangan tersebut telah selamat dikeluarkan, tiada sebarang ancaman kepada penumpang serta kru dan lelaki berkenaan akan didakwa malam ini.
Difahamkan, penerbangan itu membawa 194 penumpang serta lima anak kapal.
Pintu Kecemasan

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Syaziyah Sharif
Lagi tulisan Syaziyah
Seorang penulis yang cintakan seni muzik dan sentiasa mencuba untuk bercakap dengan kucing.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Lihat di Instagram(buka di tab baharu)

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Kapal Terbang MAS Dari Sydney Terpaksa Berpatah Balik Gara-gara Penumpang Buat Kecoh Atas Flight
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kapal-terbang-mas-dari-sydney-terpaksa-berpatah-balik-gara-gara-penumpang-buat-kecoh-atas-flight/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM