in

[VIDEO] Penumpang Buka Pintu Kecemasan Kapal Terbang Ketika Berada Pada Ketinggian 700 Kaki

Pintu Kecemasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kecoh di media sosial apabila pintu kecemasan sebuah kapal terbang Asiana Airlines terbuka ketika masih dalam penerbangan.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku akibat tindakan seorang penumpang yang duduk berhampiran pintu kecemasan tersebut telah bertindak membuka emergency door itu kira-kira dua minit sebelum pesawat jenis Airbus 321 itu mendarat.


Kapal terbang itu pada ketika kejadian berada di ketinggian 700 kaki.

Menurut Astro AWANI, tindakan penumpang lelaki tersebut telah menyebabkan beberapa orang penumpang cedera akibat hiperventilasi sehingga sembilan dari mereka terpaksa dibawa ke hospital sejurus selepas mendarat.

Pesawat Asiana Airlines yang membawa 194 penumpang dan enam orang anak kapal pada ketika itu sedang dalam perjalanan ke Daegu setelah berlepas dari Pulau Jeju.

Difahamkan lagi, kapal itu sedang terbang pada kadar 334 kilometer sejam ketika kejadian berlaku.

Memetik laporan CNN, pintu kecemasan sesebuah pesawat memang tidak boleh dibuka ketika ia sedang terbang tinggi di udara akibat tekanan. Namun, oleh kerana pintu itu dibuka ketika mahu mendarat dan altitute mula rendah, pintu itu boleh terbuka sekiranya ada yang cuba membukanya.

Penumpang yang bertindakan sedemikian juga telah ditahan oleh pihak berkuasa di negara itu untuk siasatan lanjut.

Nasib baik tak ada penumpang yang tercampak keluar dari pesawat ketika kejadian tersebut berlaku. Mesti semua penumpang tak kira budak atau orang dewasa trauma dengan kejadian ni.

Tak boleh bayang kalau ada yang tak pakai tali pinggang keselamatan ketika pintu kecemasan tiba-tiba dibuka.

Sumber: Astro AWANI, CNN

Baca: “Siap mengugut lagi!”- [VIDEO] 2 Lelaki Buat ‘Drama’ Sampai Penerbangan ‘Delayed’ 

Penerbangan Delay

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.