Budak muda remaja sekarang ni suka sangat ye terjebak dengan perkara yang tak berfaedah dan tak bermoral sehingga mendatangkan masalah kepada mereka di suatu masa nanti.
Sebagai contoh, baru-baru ni, pasangan muda dari Butterworth, Pulau Pinang telah kantoi ditangkap polis sedang mengadakan hubungan seks di dalam kereta, lapor Harian Metro. Namun, apa yang berlaku pada mereka lepas tu, agak mengejutkan…
Terkejut tingkap diketuk polis, pecut kereta sampai terjunam dalam longkang
Kejadian yang melibatkan lelaki berusia 19 tahun dan kekasihnya yang berusia 25 tahun ni terjadi apabila kedua-duanya ditangkap polis sedang ‘bermadu asmara’ di dalam kereta.

Macam korang dapat agaklah, sebaik je polis ketuk tingkap kereta mereka, pemandu kereta ni panik dan terus memecut kenderaannya tanpa berfikir panjang.
Kereta yang menuju ke Plaza Tol Bagan Ajam ni macam mana pun telah hilang kawalan sehingga melanggar palang tol, terbabas ke kiri dan melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah yang sama.
Lebih malang, kedua-dua kereta dan motosikal tersebut terjunam masuk ke dalam longkang di tepi lebuh raya yang dipenuhi air. Adoi…

Pasangan kekasih diselamatkan polis
Mujurlah mereka semua berjaya diselamatkan polis yang mengejar mereka tadi dan pasangan tadi tak mengalami sebarang kecederaan yang serius. Walau bagaimanapun, penunggang motosikal yang dilanggar tadi patah kaki dan terpaksa dibawa ke hospital.
Pasangan terbabit difahamkan merupakan pelajar Kolej Giat MARA dan didapati negatif dadah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan menyebabkan kemalangan.
Haih… tu lah lain kali buat lagi benda pelik-pelik.