in

“Kanda, Allah mengangkat darjat orang yang ikhlas” – Lelaki Indonesia Cerita Detik-detik Akhir Isteri Meninggal Dunia Kerana COVID 19

Isteri Mu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semakin hari, semakin meningkat kes COVID 19 di Indonesia. Bukan saja kes jangkitan yang meningkat, kes kematian di sana juga tidak kurang banyaknya.


Pilu dengan pemergian isterinya akibat COVID 19, seorang lelaki di Indonesia telah menceritakan detik-detik akhir pemergian wanita tersebut di Twitter. Berikut perkongsiannya di Twitter yang telah mendapat 30,000 retweet dan lebih 95,000 likes.

 

“Setelah pemakaman di malam itu, aku kembali lagi ke rumah isolasi mandiri. Seorang diri” 

Menurut lelaki bernama Ihsan ini, isterinya yang bernama Amirah Lahaya merupakan seorang wanita yang hebat dan sangat sabar orangnya.

Beberapa jam sebelum meninggal dunia, Amirah sempat menghubungi Ihsan dan memberitahu yang dia akan dipasangkan ventilator dan mungkin tidak dapat dihubungi lagi selepas ini. Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan berusia 16 bulan.

 

“Doktor mengatakan hasil swab kelmarin positif. Di sanalah Allah memberikan tanda kepergianmu” 

Menurut Ihsan, semuanya bermula pada pagi isterinya diberitahu doktor bahawa dia positif COVID 19 hasil daripada ujian swab tempoh hari.

Selepas dari itu, isterinya terus dibawa ke hospital dan itulah kali terakhir dia mendampingi isterinya di dalam ambulans kerana dia harus menjalani kurantin mandiri di rumah pula.

 

“Kondisimu terus menurun. Kamu telefon aku baik-baik, meminta izin untuk dipasangkan ventilator” 

Namun malangnya keadaan isteri Ihsan kian memburuk. Dia, isteri dan anak terpaksa tinggal berasingan.

Disebabkan paras oksigen di dalam badan isterinya semakin menurun, isterinya meminta izin untuk dipasangkan ventilator. Tidak lama kemudian doktor memberitahu yang isterinya sudah tiada. Allah… 

 

“Sebagai seorang suami, aku ingin melaksanakan wasiatmu: dibersihkan jenazah dan disolatkan” 

Terpaksa menerima berita kematian isterinya dengan hati yang penuh duka, Ihsan menunaikan wasiat si isteri yang mahu jenazahnya dimandikan dan disolatkan oleh suami.

Sama seperti SOP di Malaysia, Ihsan juga dipakaikan PPE untuk menguruskan jenazah.

 

“Selamat jalan isteriku. Aku dan Aruna ikhlas menerima semuanya” 

Setiap yang hidup pasti akan merasa kematian. Dengan hati yang berat, Ihsan terpaksa menerima kematian isterinya dengan hati yang ikhlas. Apa-apapun marilah kita doakan semoga dia dan anaknya tabah menghadapi dugaan ini.

Al fatihah… 

Meleleh air mata admin baca kisah si suami ini. Semoga terus tabah!

Baca: “Gugur di medan perang”- Seramai 100 Doktor Muda di Indonesia Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Hiasan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.