in

“Gugur di medan perang”- Seramai 100 Doktor Muda di Indonesia Meninggal Dunia Akibat Covid-19

Cc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebimbangan  terhadap wabak Covid-19 masih menghantui orang ramai sehingga ke hari ini, saban hari kes jangkitan semakin meningkat malah jumlah kematian dunia telah mencatat lebih 800 ribu kematian.


Pada Isnin, Ikatan Doktor Indonesia (IDI) telah memaklumkan seramai 100 doktor telah disahkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Lebih menyedihkan ,kebanyakan mereka masih muda dan berumur dalam lingkungan 29 hingga 38 tahun.

C1

Dilaporkan bahawa antara doktor yang terkorban adalah daripada Fakulti Perubatan Universiti Airlangga dan Hospital Soetomo di Surabaya, Jawa Timur.

Menurut Pengerusi IDI, Daeng M. Fikih memberitahu susulan kejadian ini, pihaknya telah bekerjasama dengan gerakan pasukan khas Covid-19 bagi memastikan peralatan perlindungan di hospital dan kemudahan kesihatan mencukupi untuk mencegah lebih banyak kematian dalam kalangan pekerja kesihatan.

Selain itu, dia juga mendesak agar pihak hospital membuat jadual kerja yang sesuai dengan keadaan kesihatan para doktor bagi mengelakkan keletihan melampau.

 

C

Sehingga kini, Indonesia telah mencatatkan 172,053 kes jangkitan dengan 7,343 kematian, lapor The Jakarta Post.

 

Baca: Indonesia Sahkan Mutasi Berbahaya COVID-19, D614G Dikesan Di Negara Itu

C2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.