in

Kanak-kanak Perempuan Digantung dan Dipukul Bapa Kerana Koyak Dokumen Cerai

1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Kanak-kanak Perempuan Digantung dan Dipukul Bapa Kerana Koyak Dokumen Cerai
Loading
/

Tiada siapa yang sukakan penceraian tambahan pula apabila ia melibatkan anak yang masih kecil usianya dan tidak memahami apa-apa. Disebabkan tidak gembira dengan keputusan ibu bapa untuk bercerai, seorang kanak-kanak berusia lapan telah mengoyak dokumen penceraian ibu bapanya.


Namun tindakannya membawa padah apabila si bapa pula naik angin dan memukul serta menggantung anak kecil itu di luar rumah sambil merakamkan kejadian tersebut menggunakan telefon pintarnya.

Pay Asiawire Hanginggirl 01
sumber: the mirror

Menerusi rakaman tersebut, mangsa kelihatan diikat pada kedua-dua belah bahunya dan digantung sehingga seluarnya hampir terlucut dan bajunya terjungkit naik. Kejam sungguh!

Pihak berkuasa daerah Sichuan, China kemudian menahan bapa kepada budak tersebut setelah rakaman videonya menggantung mangsa diserahkan kepada pihak polis oleh ibu anak itu.

Second Teenager Arrested In The Netherlands For Anonymous Orchestrated Ddos 2
gambar hiasan – sumber: softpedia

Rakaman tersebut pada asalnya dihantar kepada ibu mangsa dengan tujuan untuk menyakitkan hatinya.

Menurut jurucakap pihak berkuasa, budak perempuan itu bukan sahaja dipukul kerana dia telah merosakkan dokumen penceraian tetapi juga kerana dia telah merosakkan perabot rumah dan memecahkan botol arak milik bapanya.

15842427769 D6Ae9Ac383 B
gambar hiasan – sumber: flickr

Walau bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius dan sedang menjalani sesi kaunseling untuk memulihkan dirinya dari trauma.

Dalam pada itu, ibu mangsa dijangka akan mendapat hak penjagaan terhadap anak tersebut. Manakala bapanya pula bakal berdepan dengan hukuman penjara kerana telah mendera anaknya dan haknya dalam penjagaan anak juga ditarik.

Kasihan anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa dalam keretakan rumah tangga. Sebelum nak buat apa-apa pun fikirlah dulu kesannya…

Tonton video di bawah:

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.