in

Kanak-kanak Maut Dirempuh Van Pasar Malam di Cameron Highlands

Page

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka masa yang diluangkan bersama keluarga ketika pergi ke pasar malam bertukar menjadi tragedi menyayat hati.


Begitulah yang dialami keluarga Adra Mustaffa Kamal, 4, selepas kanak-kanak itu maut akibat dirempuh van dalam kejadian di kawasan pasar malam Golden Hill, Cameron Highlands.

K
sumber: cari forum

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.45 malam, 30 April lalu di mana sebuah van dilaporkan dipandu laju merempuh gerai serta beberapa pengunjung di pasar malam berkenaan.

Van1

Van4
sumber: facebook

Rempuhan tersebut telah menyebabkan Adra maut selain dua wanita juga parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Hasadid A Hamid, van itu dipandu oleh seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga peniaga di pasar malam tersebut.

Lelaki itu dipercayai menekan pedal minyak dengan kuat bertujuan untuk mengeluarkan bunyi agar pengunjung memberikan laluan kepadanya yang mahu pulang. Namun, lelaki itu tanpa sengaja telah menekan pedal terlalu kuat.

Van berkenaan bagaimanapun secara tiba-tiba bergerak laju ke hadapan dan merempuh gerai dan beberapa pengunjung pasar malam itu.”

Pada ketika itu, kanak-kanak perempuan berkenaan berdiri di sebuah gerai bersama keluarganya sedang memilih barang permainan. Van tersebut kemudian dilihat bergerak laju menghala ke gerai di mana mereka sekeluarga berada. Dua wanita itu juga dikatakan berada berdekatan.

Van itu telah merempuh tiga individu, dengan seorang patah kaki manakala seorang lagi cedera di kepala. Kanak-kanak itu pula meninggal dunia akibat kecedaraan parah di kepala.”

Van5
sumber: facebook

Dua wanita berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk menerima rawatan dan mayat kanak-kanak itu pula dibawa ke Unit Forensik Hospital Sutanah Hajjah Kalsom (HSHK) untuk bedah siasat.

Salah seorang wanita itu, Tan Siew Lee, 52, yang mengalami kecederaan parah di kepala kemudian dipindahkan ke Hospital Batu Pahat dan dilaporkan meninggal dunia semalam jam 8.40 pagi ketika menerima rawatan.

Selepas kemalangan tersebut berlaku, pemandu van yang tidak mengalami kecederaan itu ditahan polis dan lelaki berkenaan dalam satu kenyataan berkata bahawa seluruh badannya mengalami kekejangan dan tidak sedarkan diri ketika memandu menyebabkannya hilang kawalan.

Van6
sumber: facebook

Pihak polis juga telah mengambil sampel air kencing dan darah pemandu itu untuk dianalisis.

Diharap pihak polis mengambil tindakan sewajarnya dan semoga keluarga mangsa tabah dengan apa yang berlaku.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.