in

“Kan dah mendapat” – Gadis Ketuk Ular Sampai Mati Dalam Rumah, Netizen Tegur Takut Terbunuh ‘Jin Berupa Ular’

Bunuhlah Ia

Kalau bercakap pasal haiwan buas dan beracun terutamanya ular, mesti korang kat luar sana takut dan akan call bomba secepat mungkin untuk tangkap haiwan tersebut.

Pun begitu, menerusi perkongsian di Twitter, lain pula dengan seorang gadis ni apabila dia dengan beraninya mengetuk seekor ular sampai mati. Fuh biaq betul. Sampai hancur min tengok kepala ular tu! 

Yo Ular
sumber: twitter

 

“Saya bukan haters pada ular ye. Hari tu terpaksa bunuh sebab…” 

Apa-apapun, bersebab jugalah gadis ni berani dan nekad nak bunuh ular tu. Dia seorang yang dah biasa dengan haiwan reptilia dan eksotik serta ular tu pulak katanya nak mematuk anak buahnya.

Reptile
sumber: twitter

Bagi admin wajarlah kot dia nak membunuh sebab boleh datangkan bahaya tapi…. 

 

“Orang tua-tua cakap kalau ular masuk rumah, cakap dekat ular ‘kau ular ke bukan’. Jangan bunuh dalam rumah sebab…”

Menurut netizen di tweet tersebut, perbuatan membunuh ular di dalam rumah ni sebenarnya tak digalakkan atas beberapa sebab. Salah satunya kerana orang tua-tua kata jin boleh merupa jadi ular. 

So agak bahaya lah kalau kita ‘terbunuh’ jin tersebut. Tapi ini orang tua-tualah cakap, min tak boleh gerenti betul ke tidak. Cuma dalam Islam, kita diajar untuk bertanya seperti ayat di bawah. 

Ulaq
sumber: twitter

 

“Setakat ular pun dia boleh ketuk. Imagine la future BF dia buat hal…” 

Apa-apapun ramai di kalangan netizen memang salute habislah dengan keberanian gadis ni boleh bunuh ular macam tu je. Ketuk guna senduk je tu. Kalau min, habis lari ke mana tah!

Ganaih
sumber: twitter

Korang berani tak nak bunuh ular macam tu? Ataupun nak panggil abang bomba setelkan je? 

Baca: “Cobra pun boleh tundukkan apa tah lagi gadis-gadis” – Netizen Kagum Tengok Abang Askar ‘Kalahkan’ Ular Dengan Satu Tangan

Cobra