in

“Kamu polis ke saya polis sekarang ni?!” – Scammer Mengamuk Sebab Kantoi Menyamar Jadi Pegawai IPD Muar

Scammer Kantoi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni memang scammer makin aktif buat kerja. Sebab tu jangan main angkat je kalau nampak nombor yang tak familiar atau korang tak save ada call. Mungkin scammer lah tu!



Baru-baru ni, seorang lelaki dah berjaya kantoikan scammer melalui perbualan telefon. Tweet Danial dapat perhatian ramai sebab dia rakam perbualan antara dirinya dan scammer tersebut. Masa tu, dia terima call dari nombor 018-1591985 dan suara lelaki yang bercakap tu tengah menyamar sebagai pegawai polis IPD Muar.

Dalam video tu korang boleh dengar yang scammer ada minta nombor kad pengenalan dengan maklumat tempat tinggal Danial. Bila dapat agak yang lelaki tu adalah scammer, Danial main sebut je nombor IC (bukan yang sebenar, dia kelentong je). Lagi buat kantoi dia scammer adalah bila dia sambung perbualan seolah-olah nombor IC Danial tu betul!

Danial pun buat keputusan untuk layankan saja scammer tu dan perbualan mereka berdua berlangsung agak panjang. Lepas dah ‘periksa’ nombor IC Danial, lelaki tu beritahu yang nama dia clear daripada saman. Tapi, tiba-tiba scammer tu kata dia dapat laporan daripada bahagian Jabatan Siasatan Jenayah IPD Muar, Johor.

Dia terus minta Danial datang ke IPD Muar sebab ada laporan kemalangan kes langgar lari atas namanya. Ahh tiberrrrr!

“Kemalangan kes langgar lari yang berlaku pada 3 hari lepas.”

“Kes ini berlaku di Jalan Abdullah, Muar ye. Kamu telah melanggar seorang budak berusia 15 tahun dan sekarang budak itu sedang berada dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri di Hospital Muar, Johor encik.”

Kiranya, scammer ni minta dia buat laporan segera dekat IPD Muar tapi Danial tanya kalau dia boleh buat laporan dekat balai polis yang dekat area Tebrau je. Lepas tu, Danial terus kantoikan dia buatkan scammer tu melenting dan matikan telefon tapi dia call balik guna ‘nombor IPD’, 06-9581301.

Korang tengok sendiri perbualan dorang berdua dekat bawah ni:

Dekat thread tu, Danial ada cakap yang dia try call balik nombor tersebut tapi ‘not in service’ pula. Hmm suspicious betul kan! Mesti dia dah block Danial…

Apa-apa pun, korang jangan lajuuuu je angkat kalau ada call. Tengok dulu, lagi-lagi sekarang nombor pelik-pelik je keluar kan? Kena extra careful!

Baca: “My engerish is not too good” – Berdekah Baca Mamat Ni Balas Whatsapp Scammer

Page Scam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.