in

“Kamu harus layan nafsu saya.” – Bengang Ayam Peliharaan Kena Racun, Lelaki Minta Nenek Buat Seks Sebagai Ganti Rugi

Ayam Kena Racun

Bagi siapa yang ada bela haiwan peliharaan, mesti akan faham betapa sakitnya hati bila ada yang bagi racun dekat haiwan tu, betul tak?

Macam tu juga lelaki dari Indonesia ni yang mempunyai banyak ayam peliharaan tetapi mati sebab diracun. Tapi yang dahsyatnya, lelaki tersebut membuat satu tindakan drastik bila dapat tahu siapa pelakunya.

Menurut Tribun, Yuda Efendi, 38, telah ditahan sebab memperkosa seorang nenek di perkampungan dekat Purworeja, Jawa Tengah. Kata Yuda dia berbuat sedemikian sebab nak balas dendam dekat nenek tu yang dah racun ayam peliharaan dia.

Ayam Mati
gambar hiasan

Yuda yang juga mempunyai isteri itu mendapat tahu yang 11 ayam peliharaannya telah mati diracun dan lepas diselidik, katanya nenek itulah yang bersalah.

Disebabkan terlalu sakit hati, Yuda terus merancang untuk meminta ganti rugi kepada nenek tu tetapi bukan berbentuk wang. Ketika berjumpa dengan nenek tersebut, Yuda memintanya untuk melayan nafsu dia sebagai ganti rugi. 

Tetapi disebabkan nenek tu tolak permintaan dia, Yuda terus merogolnya.

“Ayam saya ada 11 yang mati, mesti kena racun oleh dia (nenek tu) sebab di perut ayam saya nampak ada kacang yang mungkin dah diracuni.”

Si Pelaku
gambar hiasan

Pada Mac 2019, Yuda telah merogol nenek tersebut lebih dari sekali ketika waktu malam dekat rumah mangsa. Menurut Ketua Polis di Purworejo, AKP Haryo Seto Liestiyawan mangsa kemudian membuat laporan polis tentang perbuatan keji Yuda itu.

“Dia (Yuda) melakukannya pada waktu malam di rumah mangsa. Selepas mangsa membuat laporan, kami telah menahan Yuda di rumahnya.”

Yuda kini berada di bawah tahanan pihak polis sementara siasatan dijalankan dan berdepan hukuman penjara maksimum 12 tahun jika didapati bersalah.

Baca: “Kami mahu bunuh diri…” – Gadis Kembar Tak Tahan Kena Paksa ‘Layan’ Bapa Tiri Bergilir-Gilir Siang Malam

Bapa Tiri Kaki Rogol