in

“Kami mahu bunuh diri…” – Gadis Kembar Tak Tahan Kena Paksa ‘Layan’ Bapa Tiri Bergilir-Gilir Siang Malam

Bapa Tiri Kaki Rogol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap hari ada saja kes remaja menjadi mangsa pemuas nafsu ahli keluarga dilaporkan. Seperti yang berlaku dekat dua gadis malang dari Sulawesi Utara, Indonesia ini.


Dua gadis yang juga pasangan kembar berusia 17 tahun tu telah dipaksa menjadi tempat bapa tiri mereka untuk melepaskan nafsu serakah selama bertahun-tahun, lapor Tribun.

Suspek yang berusia 43 tahun akan minta dua anak tirinya tu ‘layan’ dia dalam bilik secara bergilir-gilir ketika ketiadaan ibu mereka yang keluar untuk ke kebun.

“Kalau siang dia dengan kakak, malam pasti dia cari saya. Apatah lagi kalau ibu tiada di rumah,” kata si adik.

Dirogol
gambar hiasan

Kesan daripada perbuatan terkutuk suspek sejak tahun 2015 itu, kedua-dua mangsa pernah berniat untuk membunuh diri kerana tak tahan dan malu untuk bergaul.

“Kami sempat merancang untuk bunuh diri sama-sama. Tapi niat itu dibatalkan kerana adik saya masih sekolah.

“Saya sangat malu untuk bergaul dengan kawan-kawan disebabkan kejadian tersebut. Hati saya meronta ingin pergi jauh dari rumah,” kata si kakak.

Kembar Dirogol
sumber: tribun

Katanya, pada mulanya ayah tiri mereka itu baik dengan mereka berdua tapi makin lama dia mula menunjukkan belang. Namun, semua perbuatan keji suspek akhirnya terbongkar apabila si adik buat keputusan untuk menceritakan hal sebenar dekat nenek mereka.

“Saya cerita semuanya kepada nenek dan dia sangat marah lalu laporkan kepada ketua kampung.”

Sejak hari itu, cerita itu mula tersebar dalam kalangan penduduk kampung. Ketua kampung kemudian laporkan kes tersebut kepada pihak polis. Kali terakhir suspek melakukan perbuatan tu adalah pada 4 April 2019 dan saat itu, mangsa mula nekad untuk membongkarkan semuanya.

“Dari sinilah salah satu mangsa menceritakan kisah sedihnya kepada nenek. Nenek tersebut lalu melaporkan hal ini kepada ketua kampung dan mereka melaporkan kepada kami,” beritahu polis.

Bapa Tiri
gambar hiasan

Suspek kini telah pun ditahan pihak polis dan kes sedang dalam siasatan. Harap dia kena hukuman setimpal. Durjana punya bapak!

Baca: “Tak tahu benda ni salah.” – Budak 11 Tahun Baru Sedar Dia Dirogol Atuknya Selama Setahun

Feat 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.