“Kami tiada pilihan” – Illi Najwa Beri Penjelasan Lepas Didakwa Murtad Sebab Kahwin Ikut ‘Style’ Agama Lain

Tambah ke Sumber Pilihan
“Kami tiada pilihan” – Illi Najwa Beri Penjelasan Lepas Didakwa Murtad Sebab Kahwin Ikut ‘Style’ Agama Lain

Baru-baru ini, agak kecoh di media sosial mengenai status agama seorang wanita dari Malaysia, Illi Najwa yang telah berkahwin dengan kapten hoki India, Manpreet Singah Pawar lepas video perkahwinan mereka  mengikut cara Punjabi di India tular.

Ekoran dari ini, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary mengatakan yang Illi Najwa akan disiasat berhubung perkara ini sejurs selepas dia kembali ke Malaysia.


Menurut Malaysia Gazette pula, Illi Najwa dikatakan telah pun memohon maaf dan menjelaskan perkara sebenar mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan suami.

Dalam kenyataan itu, Illi mengatakan yang Manpreet telah pun memeluk Islam sejak tahun lalu dan dia sendiri tak pernah menukar namanya. Mereka juga dikatakan telah bernikah dengan cara Islam pada 16 Disember dalam satu majlis tertutup.

Illi Najwa ManpreetSumber: MYKMU.NET

Saya tidak pernah menukar nama dan agama saya seperti apa yang mereka katakan, nama saya akan selalu menjadi Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarganya telah memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka untuk memanggil saya dengan nama.”

Mengenai video majlis resepsi yang tular menunjukkan Illi dan Manpreet bertukar ikrar perkahwinan dan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai soalan mengenai status agamanya, Illi menjelaskan yang ia berlaku di luar kawalannya.

Anak Sedara Halimah SaddiqueSumber: Malaysia Dateline

Katanya, dia dan suaminya tak minta perkahwinannya dirakamkan kerana sedar dengan isu sensitiviti yang akan dihadapi mereka. Namun rakaman tersebut telah didedahkan oleh media di India dan Illi dan suami tak gembira dengan apa yang berlaku.

Kami tidak mengatakan apa yang kami lakukan adalah betul tetapi kami tidak mempunyai pilihan dan Manpreet tidak pernah memberikan kenyataan sensitif dan ketika mendapat tahu tentang berita ini, dia meminta semuanya ditarik balik.”

Baca: Isu Status Agama Disiasat, Kerajaan Akan Panggil Illi Najwa

Screenshot 2020 12 21 At 11.12.26 Am

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Nadia Ghafar
Lagi tulisan Nadia

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

“Kami tiada pilihan” – Illi Najwa Beri Penjelasan Lepas Didakwa Murtad Sebab Kahwin Ikut ‘Style’ Agama Lain
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/kami-tiada-pilihan-illi-najwa-beri-penjelasan-lepas-didakwa-murtad-sebab-kahwin-ikut-style-agama-lain/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM