in

Isu Status Agama Disiasat, Kerajaan Akan Panggil Illi Najwa

Untitled Collage 96

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini netizen menjadi kecoh selepas kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya dari Malaysia, Illi Najwa Saddique.


Apa yang mencetus tanda tanya dalam kalangan netizen adalah status agama gadis tersebut selepas video dan gambar sekitar majlis perkahwinan itu tular dan didakwa bercanggah dengan ajaran Islam.

Susulan itu, kerajaan dilapor akan memanggil Illi Najwa sekembalinya wanita itu ke Malaysia nanti bagi mendapatkan penjelasan berhubung status agamanya.

Harian Metro hari ini melaporkan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Ahmad Marzuk Shaary berkata pihaknya masih lagi menunggu maklumat rasmi daripada Jabatan Agama Islam Johor mengenai status agama wanita berkenaan.

Jelasnya berdasarkan maklumat yang diterima, wanita berkenaan masih seorang Muslim dan setakat ini tiada permohonan diterima untuk menukar agama.

Rabu lalu, kedua-dua pasangan itu melangsungkan perkahwinan mereka di kampung halaman Manpreet di Mithapur, Punjab.

Dalam rakaman yang tular, pasangan itu dilihat mengenakan sut perkahwinan punjabi.

 

Baca: “Taksub kau lain macam dik” – Malu Sikap Fans Wujudkan Agama Coki, Instafamous Ini Tampil Mohon Maaf

Capture 24

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.