in

“Kami tak sokong” – Marina Mahathir Anggap Filem Biopik Tun M Memalukan Keluarganya

Mm6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem biopik tentang Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) yang berjudul Mahathir: The Journey bakal ditayangkan pada 15 Disember ini.


Bagaimanapun, filem itu mendatangkan rasa kurang senang terhadap anak Tun, Marina Mahathir.

 

Memalukan 

Menurut Marina, beliau tak rela ada pihak membuat sebarang gambaran tentang keluarga mereka kerana ia dianggap memalukan.

Mm3
Sumber : twitter

 

Dapat sokongan daripada Pejabat Perdana Menteri tapi…

Lapor The Star, filem itu telah mendapat persetujuan daripada Pejabat Perdana Menteri. Namun, Marina Mahathir menegaskan ia tidak mendapat sokongan daripada keluarganya sendiri.

Mm4
Sumber : twitter

Disebabkan itu ada netizen yang mempertikaikannya dengan perlian tajam tentang dokumentari M for Malaysia sebelum ini. Dan ini respon Marina..

 

Ya saya tonton sebab sayalah Executive Producer, itu dokumentari pasal GE14 dan pasal Malaysia, bukannya cerita fiksyen yang dilakonkan semula. Ia berbeza”

Mm5

Filem yang bakal dilakonkan oleh Azhar Amir, Ning Baizura, Hilal Azman, Dian P. Ramlee dan Lisdawati itu berkisar tentang 16 tahun perjalanan Tun M sejak bersara dari jawatannya sebagai perdana menteri Malaysia dan kembali mengambil jawatan yang sama sekali lagi selepas pilihan raya tahun lepas.

Mm
Sumber : the star
Mm2
Sumber : the star

 

Baca : “Dia tak bebel, cuma dia risau” – Tun Dr Siti Hasmah Dedah Hidap Kanser Payudara, Tak Kongsi Berita Dengan Tun M

Tun

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.