“Dia tak bebel, cuma dia risau” – Tun Dr Siti Hasmah Dedah Hidap Kanser Payudara, Tak Kongsi Berita Dengan Tun M

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Mengejutkan… Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam mendedahkan yang beliau pernah berjuang lawan kanser payudara semasa berucap sempena Kempen Kesedaran Kanser Payudara Peringkat WPKL, KL Pink Oktober 2019 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Sinar Harian, Tun Siti mula menyedari perubahan yang berlaku pada dirinya sekitar Mac lepas.

“Apabila saya berasa tidak sedap, saya terus jumpa doktor. Dalam seminggu, doktor sahkan saya mempunyai ketumbuhan kecil namun Alhamdulillah ia (ketumbuhan) kecil, yang penting adalah jangan takut untuk melakukan pemeriksaan,” kongsi Tun Siti.

Sumber: SH

 

“Apabila dia tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel cuma…”

Tambahnya lagi, ketika keputusan biopsi tersebut keluar dan mengesahkan ketumbuhan di payudara kirinya ialah kanser, Tun Siti walau bagaimanapun tak mahu kongsikan berita itu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila dia (Tun Mahathir) tahu pada hari keputusan biopsi keluar, dia tak bebel, cuma risau sampaikan suruh saya dibedah pada esoknya.” 

Sumber: Twitter

Tun Siti telah dimasukkan ke dalam wad selama 4 hari dan selepas itu beliau telah dibedah untuk keluarkan ketumbuhan kecil berkenaan. Keesokan harinya mujurlah dia boleh keluar daripada wad dan kini telah menjadi salah seorang daripada pejuang kanser.

“I’m a survivor,” kata isteri Perdana Menteri berusia 93 tahun itu.

Sumber: Focus

Dalam pada itu, Tun Siti menggesa wanita kat luar sana untuk sentiasa peka dengan perubahan diri dan lakukan saringan awal bagi kenal pasti potensi kanser payudara. Apa yang penting, korang tak perlulah malu atau takut untuk lakukan pemeriksaan kesihatan.

Min doakan semoga Tun Siti sentiasa sihat dan kuat menghadapi masalah kesihatan yang dialaminya.

Baca: [VIRAL] Foto Raja Permaisuri Agong Dengan Tun Dr Siti Hasmah Baca Surah Yasin Sama-sama Macam Anak Beranak, Siap Peluk Lagi!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!