in

“Kami tak pernah serik untuk berkarya” – Pelukis Mural Akui Kecewa Tapi Tak Pernah Putus Asa

Untitled Design 1 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini mural yang yang bertujuan untuk mengekspresikan penghargaan mereka kepada pemimpin negara menerusi karya potret mural itu dicemari dengan vandalisme, contengan semburan cat merah memaparkan kata-kata yang tidak menyenangkan, sehingga menyebabkan seluruh lukisan di dinding itu terpaksa dipadam dengan cara dicat semula dengan warna putih.


Menurut Bernama, Muhamad Firdaus iaitu pelukis mural gergasi tersebut berkata beliau dan rakan-rakan pada awal lagi pernah menjangka hasil seni mereka itu ada kemungkinan akan dirosakkan pihak tertentu. Namun kejadian vandalisme yang berlaku kelmarin di luar jangkaan kerana tempohnya agak singkat sejak potret mural gergasi menjadi tular baru-baru ini.

Namun perkara itu tidak pernah melunturkan semangan dan jiwa anak muda itu untuk terus berkarya lagi.

“Walaupun hasil seni kami dicemari vandalisme dan kini terpaksa ‘dipadam’ sepenuhnya, tapi ia langsung tidak buat kami serik untuk berkarya lagi.” 

79375591 3232308376827291 4700103006323587990 O

Lapor Bernama lagi, Firdaus menjelaskan walaupun hasil seninya bersama rakan Muhammad Suhaimi Ali dan Abdul Hadi Ramli tidak ‘dihargai’ pihak tertentu sehingga diconteng dengan perkataan kurang menyenangkan, namun mereka tidak keberatan untuk melukis kembali di lokasi sama.

“Perbincangan untuk lukis atau tidak di lokasi yang sama akan dibuat selepas keadaan kembali reda dan mendapat kebenaran MBSA. Siasatan terhadap pelaku vandalisme pun sedang dilakukan oleh polis…apabila semua dah selesai, kita tengok macam mana”

Sementara itu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata polis sedang meneliti dari pelbagai sudut kemungkinan mengenai perbuatan vandalisme menconteng perkataan tidak menyenangkan pada mural itu lapor Bernama.

Baca: Takde otak, sivik zero – [GAMBAR] Tak Sampai Sebulan, Mural di Shah Alam Kena Conteng Dengan Carutan

12 1

Sumber: Google

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.