Semalam, tular di media sosial tentang sekumpulan pemuda yang memakai topeng telah mengagihkan ayam di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Walaupun ramai pengguna media sosial memuji tindakan mereka, masih ada beberapa orang yang mungkin mengambil berat soal status ayam yang diberikan kepada orang ramai.
Geng topeng mengaku yang mereka…
Terbaharu, menerusi hantaran video di TikTok @xyzmission, geng bertopeng ini telah membuat pengakuan kepada umum mengenai status kumpulan mereka. Selain itu, mereka turut memaklumkan tujuan kumpulan itu ditubuhkan.
Kami bukan influencer, kami bukan selebriti, kami bukan siapa-siapa. Tujuan kami menubuhkan kumpulan ini dalam identiti bertopeng adalah untuk membantu orang tanpa mereka kenali siapakah diri kami.
Geng bertopeng ini juga tidak mengharapkan apa-apa balasan kecuali mendoakan mereka agar dimurahkan rezeki untuk membantu lebih ramai orang di luar sana.
Semua ahli beragama Islam
Seperti yang kita tahu, cara penyembelihan ayam mempengaruhi status ayam sama ada ia hala ataupun haram dimakan. Disebabkan mereka tidak mendedahkan identiti, segelintir netizen telah mempersoalkan status ayam yang diagihkan.
Artikel berkaitan: “Humble je diorang” -Netizen Puji Geng Bertopeng Bagi Ayam ‘Free’ Di Bukit Bintang
Artikel berkaitan: Beri Aiskrim Percuma Untuk Golongan OKU, Kisah Sedih Abang Ini Undang Sebak
Bagaimanapun, geng bertopeng ini telah mengaku diri mereka beragama Islam dan berbangsa Melayu.
Kami semua beragama Islam dan bangsa Melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang. Doakan kami. – kapsyen video
Dalam pada itu, mereka akan meneruskan misi memberi bantuan dan akan mengemas kini lokasi untuk mengagihkan bantuan. Setelah siap misi, mereka juga akan meninggalkan topeng di setiap lokasi bantuan.
@xyzteamproject Kami semua beragama Islam dan bangsa melayu. InsyaAllah kami akan tolong lebih ramai orang . Doakan kami🤲
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan usaha geng ini dan mendoakan mereka agar dimurahkan rezeki.
Respect geng topeng ni!
Sumber: TikTok