in

“Humble je diorang” – Netizen Puji Geng Bertopeng Bagi Ayam ‘Free’ Di Bukit Bintang

Ayam 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya, wujud lagi segelintir orang yang baik hati memberi bantuan kepada orang yang memerlukan tanpa mengharapkan pujian dan penghargaan daripada orang ramai.


Tular di X baru-baru ini, satu video yang dirakam oleh orang awam memaparkan satu kumpulan individu yang mengedar ayam percuma di tengah ibu kota, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pakai topeng tak nak dikenali?

Dua orang individu dilihat memakai topeng berwarna putih dan berdiri di belakang but kereta jenama Hilux. Salah seorang daripada mereka memegang kadbod yang bertulis ‘Ayam Free’ sambil memaklumkan kepada orang awam supaya datang mengambil ayam percuma itu.

Artikel berkaitan: Hajat Tak Kesampaian, Suami Meninggal Dunia Lepas Beli Nasi Ayam Untuk Isteri Sakit

Artikel berkaitan: [VIDEO] Tak Terima Sumbangan Duit, Netizen Puji Kedai Makan Di Kedah Beri Makanan Percuma

Walaupun memakai topeng, mereka masih merendah diri dan menulis satu mesej yang mengatakan mereka daripada golongan orang biasa.

Kami bukan influencer. Kami bukan selebriti. Kami bukan siapa-siapa.

Dalam pada itu, salah seorang lelaki dilihat mengedarkan beberapa bungkus ayam kepada orang ramai yang telah berkerumun di kereta tersebut. Pemilik hantaran itu juga turut mendoakan individu yang memberi ayam percuma itu.

Semoga rezeki awak sentiasa melimpah, tidak pernah kering, rezeki tidak putus, rezeki yang sentiasa mengalir seperti air terjun. Terima kasih! Ini sangat bermakna untuk orang yang memerlukan.

https://twitter.com/baymzn/status/1785676846341951952?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1785676846341951952%7Ctwgr%5Eae6f9b4e0b7be032a11469ef8a0bab9c03ad11db%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fthevocket.com%2Fsekumpulan-individu-bertopeng-beri-ayam-percuma-di-bukit-bintang-undang-pelbagai-reaksi-netizen%2F

Menjengah di ruangan balas, ramai netizen terharu melihat tindakan kumpulan tersebut mengedarkan ayam namun tidak mahu dikenali.

Ayam 1 Ayam 2 Ayam 3

Wah! Moga murah rezeki!

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.