in

“Kami okey sahaja, warganet yang lebih-lebih” – Bapa Aliff Aziz Tak Mahu Campur Urusan Rumah Tangga Anak

Aliff Bella

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kisah kecurangan pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz yang panas minggu ini telah menjadi topik hangat dan bahan bawang makcik pakcik netizen satu Malaysia.


Lepas satu-satu perkara terbongkar, kita sudah semestinya nak tahu apa reaksi keluarga Aliff dan Bella mengenai isu ini. 

Alif 2
sumber: blog

 

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami okey sahaja, warganet yang lebih-lebih” 

Menurut Utusan Online, bapa kepada Aliff Aziz, Aziz Sapdan memberitahu bahawa keluarganya menerima dengan tenang mengenai kisah kontroversi yang sedang melanda anaknya itu. 

Aziz, 59, dan isterinya, Siti Hafiza Sheikh Mohamad masih belum bertemu Aliff dan hanya mampu berdoa yang baik-baik saja buat rumah tangga anaknya dan Bella Astillah itu.

“Kami dah biasa dengan perkara ini dan keadaan kami di sini okey sahaja cuma warganet sahaja yang lebih-lebih, kami tak ada apa-apa pun.

“Perkara ini sudah banyak kali berlaku, kami dah biasa,” luahnya.

Image 1
sumber: utusan online

 

Tak mahu campuri urusan peribadi anak

Tambah Aziz lagi, dia sebenarnya jarang mencampuri urusan peribadi Aliff dan selalunya isterinya saja yang akan jawab segala persoalan yang diajukan oleh media.

Pun begitu, ibu Aliff kali ini tak menjawab sebarang panggilan kerana terlalu stress di rumah.

“Hari ini Ibu Aliff tak jawab panggilan sesiapa, dia stres di rumah.

“Apa pun yang berlaku selepas ini, saya harap yang terbaik untuk Aliff. Kita doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga,” katanya lagi.

Aliffamily2
sumber: blog

Dalam pada itu, masih tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Bella Astillah dan Aliff Aziz juga masih mendiamkan diri. Kes kecurangan ini merupakan kes ketiga sepanjang Aliff menikahi Bella.

Pertama kali ia berlaku pada 2017 membabitkan Aliff dengan pelakon Afifah Nasir dan kejadian kedua pula berlaku pada Februari lalu dengan pelakon Oktavia Manrose.

Semoga keluarga kedua belah pihak tabah hadapi dugaan ini. 

Baca: “Stop making dumb people famous!” – Followers IG Minah Rempit Nismell Naik Mencanak Setiap Saat Gara-gara Berskandal Dengan Aliff Aziz

F Nismel

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.