Semenjak ter’kantoi’nya kes curang kali ke-3 Aliff Aziz dengan gadis berusia 17 tahun, Nismell, nama gadis yang berpenampilan seperti rempit ini telah menjadi sebutan ramai. Majoriti pastinya membenci gadis tersebut kerana dikatakan punca hubungan Aliff dan isterinya, Bella jadi lebih teruk.
Macam manapun, admin sebenarnya agak pelik jugalah dengan netizen kat Malaysia ni. Kata benci siap hina-hina lagi dekat si Nismell ni. Tapi followers gadis ni kian mencanak naik. Apa cerita??
“Stop making dumb people famous la. See the followers naik every second”
Menerusi posting yang viral di Twitter, seorang netizen ni agak gigih jugaklah siap screen record handphonenya untuk merakam kenaikan followers IG @nismelll_ hampir setiap saat!
Agak mengejutkan jugaklah bila video tu tunjuk daripada followersnya 170,292 terus naik jadi 170,359 dalam jangka masa 33 saat. Mak oii korang ni tak ada keje ke pi follow budak tu!
Stop making dumb people famous la. see the follower naik every second 🤦🏻♂️ pic.twitter.com/vo1s9l7v1q
— Danial's (@imdaniall) May 14, 2019
Ketika admin menulis artikel ni, followers ni Nismell dah meningkat menjadi 240,000 tapi bila time korang baca artikel ni… min rasa dah lepas 300,000 ni!
“Buat apa follow orang macam ni, buat tambah dosa ja sebab mulut dok mengupat dan kata bebukan”
Posting Instagram di atas telah mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata rasa pelik dan tak faham kenapa begitu ramai netizen harus follow gadis ni. Nak kata ada info-info berguna pun tak jugak. Mungkin sebab nak jadikan Nismell ni bahan membawang kot. Adoyai…
“Esok lusa paid review dia naik harga sempena Aliff Aziz, Ramadan dan Syawal”
Bagi min, terpulang pada koranglah nak follow ke tak nak follow ke. Tapi seeloknya jangan follow lah ye. Kurus puasa tu kang, bang….
Baca: “Minah rempit karat pun suka” – Aliff Aziz Check In Hotel Dengan Awek TikTok Umur 17 Tahun?