in

“Kalau nak lulus ikut cakap saya” – Guru Cabul 18 Pelajar Lelaki & Minta Mereka Bersumpah Atas Al Quran Untuk Tidak Cerita Dekat ‘Parents’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah dengar tak pasal guru yang melakukan salah laku dengan mencabul atau membuat perkara yang tidak senonoh kepada pelajar? Mesti pernah kan.


Baru-baru ni, seorang guru telah ditahan oleh pihak polis lepas dia didapati bersalah dengan mencabul lebih kurang 18 orang murid lelaki dan meminta mereka bersumpah atas Al Quran supaya tidak menceritakan perbuatannya itu kepada ibu bapa mereka.

Sumber: Beritajatim

Menurut portal Beritajatim.com, guru yang dikenali sebagai Chusnul Huda, 38, merupakan tenaga pengajar bagi mata pelajaran Kewarganegaraan dan dia juga merangkap guru bimbingan & kaunseling bagi sekolah tersebut.

Kelakuan guru ini bermula dengan mengatakan kepada pelajar yang terlibat jika mahu lulus mata pelajaran tersebut mesti mengikut apa yang di suruhnya.

Guru ini turut mengaitkan perbuatan terkutuknya itu dengan subjek mata pelajaran yang memerlukan subjek kajian iaitu pelajar lelaki.

Dia berkata memerlukan sampel sperma, bulu kemaluan, bulu kaki, bulu ketiak, dan ukuran panjang alat sulit. Semua mangsa yang terlibat hanya mempercayai permintaan guru tersebut.

Lebih malang lagi, mereka di minta untuk bersumpah di atas Al Quran bagi mengelakkan perkara ini terbongkar dan diceritakan kepada ibu bapa. Namun begitu, ada beberapa mangsa yang tidak melakukan sumpah tersebut dan hanya berjabat tangan tanda persetujuan.

Sumber: Beritatajim

Perbuatan guru ini terbongkar apabila salah seorang mangsa menceritakan apa yang berlaku kepada dirinya kepada ibu bapa. Lepas siasatan awal daripada pihak sekolah, didapati bahawa guru tersebut telah mencabul hampir 18 orang orang pelajar lelaki yang lain.

Apa yang lebih mengejutkan adalah guru itu merupakan seorang guru palsu apabila didapati bahawa ijazah miliknya adalah palsu kerana pada sebelum ini dia telah berhenti belajar sebelum graduasi.

Alamak, ingatkan cikgu betul, rupanya penipu dan penyamar! Dah la pakai ijazah palsu, lepas tu ambil kesempatan cabul pelajar sekolah.

 

Baca: “Mari sini teman abang” – Lelaki Niaga Murtabak Cabul 3 Budak Perempuan Masa Main ‘Sunat-sunat’

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.