Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendedahkan satu dapatan kajian bahawa pengambilan dan ketagihan air ketum dikenal pasti menjadi punca ramai pelajar semakin malas ke sekolah.
Kajian yang dilakukan bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaya (UM) itu mendapati hubungan yang signifikan terhadap pengambilan air daun ketum dengan prestasi akademik serta tingkah laku.
“Pengambilan air ketum menjadikan seseorang pelajar tidak produktif. Apabila pelajar meminum air ketum, tingkah laku pelajar juga berubah dan bertindak lebih agresif.”
“Ia berlaku apabila remaja ini gagal mendapatkan sesuatu barang yang mengkhayalkan. Mereka seterusnya mengajak rakan terbabit sama meminum air ketum.
Artikel berkaitan: Ibu Anak 4 Maut Akibat Makan Ketum, Keluarga Terima Pampasan Bernilai Hampir RM50 Juta
Artikel berkaitan: Kajian Mengenai Ketum Oleh Pakar Tempatan Terima Anugerah Penyelidikan Antarabangsa
Selain itu, air ketum juga boleh membuatkan tingkah laku pelajar berubah sehingga mereka berusaha untuk mendapatkan bahan yang lebih mengkhayalkan seperti dadah.
Hasil kajian mendapati belia berusia 12 tahun hingga 29 tahun (belia muda) mengambil air ketum kerana mengikut rakan dan untuk mendapatkan keseronokan.
“Oleh itu, penggunaan ketum di negara kita perlu dikawal dari segi penyalahgunaannya.”
Adik-adik sekalian, janganlah terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya yang akhirnya akan memudaratkan diri sendiri…
Sumber: Harian Metro