Dipaksa Melakukan S*ks, Anggota Polis Ditahan Cuba Cab*l & Ugut Pelajar Wanita

Tambah ke Sumber Pilihan
Dipaksa Melakukan S*ks, Anggota Polis Ditahan Cuba Cab*l & Ugut Pelajar Wanita

Sumber: Gambar Hiasan

Tiga orang anggota polis telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung dengan kejadian pemerasan dan cabul terhadap seorang pelajar wanita bertempat di Sentul Pasar, Kuala Lumpur kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, semua anggota tersebut telah ditahan di sebuah restoran semalam.

Artikel berkaitan : Polis Temui Dadah Dalam Kenderaan Kemalangan Di Plaza Tol

Artikel berkaitan : Operasi Kg Sungai Baru Tegang, Ketua Polis Dang Wangi Cedera Dibaling Batu

Paksa ajak lakukan hubungan seks, cubit payudara mangsa & ugut RM 10K

Beliau berkata, penahanan itu dibuat berikutan dengan laporan polis yang dibuat oleh pelajar wanita tersebut.

“Penahanan itu bagi membantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat pelajar wanita berkenaan.”

“Semua individu terbabit direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.”

Tular sebelum ini mengenai laporan daripada pelajar wanita yang ditahan kumpulan anggota polis ketika berada di Jalan Sentul Pasar semasa mangsa bersama teman lelakinya.

Mangsa mendakwa bahawa dia telah diperas ugut dengan bayaran RM 10,000 selain dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan salah seorang anggota polis berkenaan.

Menurut laporan, pelajar wanita tersebut turut dicabul oleh salah seorang anggota polis tersebut di mana suspek telah mencubit payudaranya ketika sedang berbincang. Disebabkan itu, dia membuat laporan polis di Balai Polis Sentul untuk tindakan selanjutnya.

Sumber : Harian Metro

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Izuan Jelani
Lagi tulisan Izuan
Mende?

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
  3. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Dipaksa Melakukan S*ks, Anggota Polis Ditahan Cuba Cab*l & Ugut Pelajar Wanita
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/dipaksa-melakukan-sks-anggota-polis-ditahan-cuba-cabl-ugut-pelajar-wanita/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM