in

“Kalau nak anak awak bank in 1000” – Keluarga Resah Anak Hilang, Individu Minta Duit Tebusan Konon Mangsa Ada Dengannya

anak hilang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hati ibu bapa mana yang tak resah bila anak mereka hilang secara tiba-tiba. Laporan polis sudah dibuat dan peluang terakhir untuk mencari anak mereka ialah dengan menggunakan medium media sosial untuk menyebarkan berita tersebut.

Perkara inilah yang telah dilakukan keluarga Nur Syazana Norman, apabila remaja berusia 13 tahun tersebut dilaporkan hilang pada 15 Disember lepas. Berikut infonya yang tular di Twitter.


EMAWwrAVAAAtbXt

EMAYRPEUUAAQiyY

EMAYRPFU0AA6cb3
Sumber: Twitter

 

“Cilaka betul jenis yang ambik kesempatan ni. Orang dahlah tengah risau” 

Sehingga kini remaja tersebut katanya masih belum ditemui, namun apa yang lebih menyakitkan hati ialah tindakan seorang individu tak dikenali yang telah mengambil kesempatan di atas kesusahan yang dialami keluarga tersebut.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang netizen mendedahkan sikap ‘bodoh’ individu tersebut yang telah menghubungi ibu mangsa melalui WhatsApp dan meminta sejumlah wang RM1000 dengan alasan kononnya remaja itu ada bersamanya.

https://twitter.com/ianznal/status/1206988306614906881

Agak lawak jugalah bila ibu mangsa minta bukti tentang keadaan remaja tersebut, suspek ni mula berdolak dalih siap bagi diskaun RM500 lagi. Haih ni penculik cap ayam ke apa?? 

01

1 1

2 3
Sumber: Twitter

 

“Ni baru belajar buat jahat kat Google lah ni” 

Rata-rata netizen memang kecam habislah dengan tindakan suspek yang mengugut keluarga mangsa tanpa memikirkan kesusahan dan tekanan perasaan yang dialami keluarga tersebut.

Malah ramai juga yang geli hati dengan cara suspek ni mengugut keluarga mangsa. Nampak amatur sangat!

jahat
Sumber: Twitter

Apa-apapun sehingga kini, masih belum ada lagi perkembangan mengenai kehilangan adik Nur Syazana ni. Menurut tweet terbaru dari netizen, Syazana keluar senyap-senyap dari rumah sekitar jam 4.30 pagi dan mangsa katanya nak tinggal bersama ibu kepada sahabatnya. 

https://twitter.com/ArybahBadryna/status/1206846408097054720

Kita doakanlah semoga Nur Syazana ditemui tak lama lagi. Kesian kat ibu bapanya. 

Baca: “Ibu pejabat PDRM, tapi pakai whatsApp” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Kena Tipu Dengan Scammer Tapi…

tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.