in

“Ibu pejabat PDRM, tapi pakai whatsApp” – Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Hampir Kena Tipu Dengan Scammer Tapi…

feature image penipu 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau nak kata pasal scammer ni, memang boleh dikatakan setiap hari ada je orang yang tertipu dengan kelicikan mereka ni.

Baru-baru ni, perkongsian mengenai scammer yang menyamar menjadi polis yang berjawatan Assistant Superintendant of Police (ASP) tular di laman Twitter.


Kisah ini dikongsikan oleh @OhhB_ atau nama sebenarnya Brian Cheong di laman Twitternya.

Menurut Brian, dia mendapat satu panggilan yang menyatakan kad pengenalan kepunyaannya telah dipakai untuk kegunaan sewa kereta di Kuala Terengganu dan terlibat dengan kemalangan jalan raya.

So i of course was scared la but when the story started getting more and more ridiculous, i realise that i just play along la”

Namun lelaki ini mula sedar bahawa dirinya sedang ditipu oleh scammer yang mungkin akan memeras duit simpanannya.

Brian juga ada menghubungi rakannya yang bertugas sebagai polis untuk semak sama ada namanya mempunyai saman seperti yang di nyatakan atau pun tidak. Ternyata jawapannya adalah tidak mempunyai saman.

Setelah dia sedar bahawa dirinya sedang di scam, lantas dengan selamba lelaki itu cakap dengan scammer tersebut nyah kalau mak ada duit, mak dah beli tiket pergi bercuti nyah!

Tidak cepat mengalah scammer tu menghantar pula kononnya surat perintah penangkapan dan pembekuan aset-aset daripada mahkamah.  Aikk takkan ejaan seksyen pun salah.

surat mahkamah
Sumber: Twitter

Kemudian scammer ni pun mengalah apabila dia block nombor whatsapp lelaki ini. Tapi lelaki ini menghantar mesej melalui short message service (SMS) berterima kasih kerana baginya scammer ini telah menghiburkannya.

sms
Sumber: Twitter

Rata-rata netizen berasa terhibur dengan thread yang dikongsikan oleh lelaki ini. Tambahan pula, ramai juga netizen yang pergi whatsapp secara personal dekat scammer tu.

“Dah la jata negara pun pecah, download la yang elok sikit”

main2 1
Sumber: Twitter

 

main2 2
Sumber: Twitter

 

main2 3
Sumber: Twitter

Ada juga yang mempertikaikan mengenai surat itu kerana mempunyai empat penama yang berbeza daripada mahkamah.

jawap 1
Sumber: Twitter

Sekarang ni memang banyak dah kes orang kena tipu atas talian. Korang semua hati-hati ye kalau dapat panggilan yang unknown tu.

 

Baca: “Scam cara baru” – Hati-hati Dengan Taktik Baru Scammer, Hantar Surat Mahkamah

surat tuou

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.