“Kalau mental dia tak pakai pun ‘benda’ ni” – Gelandangan Wanita Terpaksa Jadi Kreatif, Guna Surat Khabar Sebagai Tuala Wanita

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Pernah tak terlintas di fikiran korang bagaimana wanita gelandangan hadapi masalah ‘period’ setiap bulan? Dorang beli tuala wanita ke? Kalau tak ada duit nak beli, dorang pakai apa?

Menerusi satu posting daripada Nor Akmar Qaseh yang dikongsikan Syed Azmi di Facebook, netizen ni menceritakan bagaimana kreatifnya wanita gelandangan terpaksa improvised apa yang ada di sekeliling demi mengharungi hari ‘datang bulan’. 

 

“Dia menarik aku ke tepi dan menunjukkan bagaimana kalau dia datang bulan dan tiada tuala wanita” 

Percaya atau tidak, bila kita dalam keadaan terdesak, apa saja cara terpaksa kita lakukan demi untuk survived kehidupan yang serba mencabar ini. Tapi cara wanita gelandangan ini survived hari ‘datang bulan’ nya memang tak disangka-sangka hingga buat Nor Akmar terkedu bila melihat cara-caranya.

“Allahu..bukan nak mengaibkan sesiapa tapi ini lah realiti kehidupan..

“Orang kata dia ni mental tapi bagi aku kalau dia mental dia takkan pakai pun benda ni… siap boleh fikir lagi macam mana nak pakai tanpa seluar dalam
??

“Dia dtg berjumpa dengan aku untuk meminta sedikit wang untuk membeli makanan lalu bertanya kalau aku ada tuala wanita. Kebetulan pada waktu itu aku memang tiada lagi simpanan untuk tuala wanita.

“Lalu aku tanya dia, kalau tak ada tuala wanita dia guna apa. Lalu dia menarik aku ke tepi dan menunjukkan bagaimana kalau dia datang bulan dan tiada tuala wanita… begini lah jadinya..”

Sumber: Facebook

 

“Bayangkan bagaimana mereka tahan kesakitan akibat melecet dengan surat khabar yang digunakan..” 

“Bayangkan… duduk di jalanan 3 4 hari baru dapat mencuci bahagian kemaluan. Bagaimana pula kalau tengah datang bulan. Macam mana membersihkannya. Bagaimana kesihatan bahagian sulit mereka. Tak dapat aku bayangkan…

“Kadang2 dia guna kain ni sehari semalam sbb tiada kain yang lain dan susah hendak dicuci. Allahu Akbar! 

“Bayangkan juga bagaimana mereka menahan kesakitan akibat melecet dengan surat khabar yang digunakan. Sedang kan kita begitu selesa… selagi boleh cari yang lembut nak yang lembut lagi.” 

Sedih kan? Tapi itulah realiti kehidupan!

Bagi sesiapa yang ingin hulur sumbangan memberi tuala wanita atau sabun penjagaan wanita serta baju dalam dan seluar dalam (lelaki atau perempuan) korang boleh lah hubungi Nor Akmar Qaseh di talian 0173885161.

Besar pahala korang menderma perkara sekecil ini buat mereka yang memerlukan. Menjaga kebersihan juga adalah satu perkara yang dituntut dalam Islam. 

Baca: Aktivis Tegur Menteri Cemarkan Bandar KL

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!