Niat yang baik tapi kalau tak kena caranya boleh jadi masalah juga. Inilah yang ditegur oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Harun dan Biro Kebajikan ARMADA yang memberi bantuan kepada gelandangan di KL 9 Jun lepas.
Menerusi posting Syed Azmi di Facebook, dia amat kecewa dengan perancangan ‘Program Khas Jalinan Kasih Wilayah’ yang dikatakan agak berterabur kerana pakaian yang didermakan akhirnya jadi ‘sampah’ di kawasan tersebut.
“Maaf, tapi yang mencemarkan bandar Chow Kit, Kuala Lumpur malam ini adalah YB Rina and ARMADA TEAM. Saya dah pesan bawak plastik sampah.
“Semua gopoh amik baju banyak. Kalau dah terambil banyak dan tak nak, buang aje, atau jual kat kedai Pasar Karat.
“Ada sebab kenapa kami melarang pemberian yang berlebihan sebab mereka akan terus duduk menunggu barang dari public,“ katanya.
Syed Azmi dalam posting tersebut jugak luahkan rasa bimbang dengan keselamatan kanak-kanak di kawasan tersebut kerana aktiviti diadakan pada lewat malam dan pihak penganjur jugak tidak selia program tersebut dengan baik.
Tambahnya lagi, program seperti ni akan beri contoh yang buruk kerana kumpulan ad hoc akhirnya lambakkan je baju dan makanan tersebut di atas jalan tanpa ambil tahu keperluan sebenar mereka yang tinggal di kawasan tersebut. Adalah lebih baik kalau ARMADA berganding bahu dengan NGO lain seperti soup kitchen untuk elak pembaziran seperti ni.
“Ia projek yang baik tapi diadakan di tempat yang salah dan boleh diperbaiki lagi. Saya harap mereka singgah di Pasar Karat jam 3.30 pagi dan tengok barang apa yang mereka ni jual semula,” katanya lagi.
Tapi mujurlah teguran ni dapat respon yang baik dari Syed Saddiq yang akui kesalahan daripada pihak mereka.
Manakala ARMADA melalui posting Facebook jugak dah mohon maaf kerana anjur program secara tak teratur dan membuka peluang kepada NGO dan aktivis untuk beri pandangan masing-masing.
Baguslah kalau macam tu. Dah salah minta maaf dan open untuk terima pandangan daripada macam-macam pihak. Yang penting mereka yang susah dapat bantuan sebaiknya.
Baca: “Kenapa buang? Membazir!” – Aktivis Pengalaman Bantu Keluarga Miskin Yang Boros