in

“Ayam pun nak shopping” – Kedai Huru- Hara Sebab Ayam Tersesat Masuk Mall

1Ayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita selalu pegi mall, dan kita juga mesti pernah nampak ayam dekat kampung atau dalam reban. Macam mana benda ni ada kena mengena antara satu sama lain? Mall dan ayam?


Haa.. kami nak share satu video yang ada kena mengena dengan dua benda dia atas ni; mall dan ayam. Simple, ayam bikin huru-hara sebab sesat dalam mall. Korang tengok sendiri lah macam mana keadaan satu kedai ni bila ada ayam masuk buat kacau. Memang huru-hara weh. Tengok video oleh @Flzhksma di Twitter bawah ni.

https://twitter.com/flzhksma/status/1141718558226841600?s=21

Kecoh weh ada ayam sesat!

Memang betul haru biru jadinya kedai tu. Mana taknya, tiba-tiba ada ayam sesat, kalau setakat masuk rumah tu takpa lagi boleh paham, ni masuk dalam mall. Persoalannya sekarang ni, tu ayam sapa dan sapa yang bawak masuk mall?

Screen Shot 2019 06 23 At 11.41.46 AmAdmin syak ayam ni dapat kelepasan outing dari tuan dia kot. Ye la kan bosan duduk dalam reban je. Lepas tu masuk kedai nampak banyak sales pulak, tu yang terkejut tu. K hambar.

Screen Shot 2019 06 23 At 11.41.55 AmTak pernah tahu pulak nandos pakai ayam hidup. Ni memang betul-betul fresh ni. Hidup lagi pastu sembelih bagi orang makan. Kalau ada customer complain gak, bawak dia masuk tempat simpan ayam hidup dekat belakang.

Screen Shot 2019 06 23 At 11.42.13 AmAyam nak balas dendam bagi pihak pekerja kedai yang nak kena viral haritu. Dia keluar cari akak tu, tapi sekali salah mall dah. Bikin huru-hara dekat mall lain. Ini baru betul viral.

Screen Shot 2019 06 23 At 11.42.03 AmWeh tak baik tau cakap macam tu. Padahal admin pun ingat benda yang sama. Tu lah kadang-kadang kalau kita happy sangat sampai lupa kita gelak keluar bunyi apa. Ada member admin tu gelak bunyi zirafah bila kita buat lawak. Tapi zirafah takde bunyi. So sebenarnya dia tak gelak. K hambar lagi sekali.

https://twitter.com/Flzhksma/status/1142076044934967297

Akhirnya ayam tersebut berjaya diberkas!

Kadang-kadang tu benda macam ni lah yang boleh hiburkan kita time kerja. Benda-benda random yang memang tak akan berlaku buat kali kedua memang kelakar kalau ingat balik dan ulang cerita. 

 

Baca: “Suara ayam tu lagi sedap” – Ayam Invade Video Cover 3  Gadis Ini, Netizen Ketawa Tak Ingat

Screen Shot 2019 06 23 At 12.00.21 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.