in

“Kalau disuruh pilih aku tak nak lahir dari rahim dia” – Anak Tergamak Jual Mak Harga Tak Sampai RM3 Sebab Berpenyakit

jualmak4

Seorang anak tergamak jual ibunya secara online dengan harga tak sampai RM3 kerana ada penyakit.

Anak dari Jawa Timur ini turut melontarkan kata-kata kesat terhadap ibunya, posting itu viral dan mencetuskan kemarahan orang ramai.

 

Dijual harga RM 2.96 sen, uruskan orang tua tak guna ni”

jualmak
Sumber : Tribun

Dengan harga Rp 10,000 (RM 2.96), si anak yang dikenali sebagai Friska Meila Anastasya ni nak jual ibunya sebab bengang sering sakit, bahkan dia juga samakan ibunya dengan haiwan.

Friska tergamak melakukan perkara sedemikian kerana dia dakwa ibunya itu tak mampu nak membahagiakan dirinya.

Ini kerana dia cemburu tengok anak orang lain yang kaya senang dapat apa yang diminta oleh orang tua mereka.

“Nak kena tendang dulu barulah nak buat, dia tu tahu nak bagi alasan sakitlah, kepala peninglah. Kalau dah penyakit tu kenapa tak mati je, b*d*h menyusahkan anak je”

Friska Meila Anastasya telah deactivate akaun FB dia, tapi posting tersebut sempat di screenshot oleh netizen.

Namun, lepas beberapa ketika, akaun itu kembali aktif dan dia memperjelaskan hal sebenar.

 

“Dia tak layak untuk dihargai”

jualmak2
Sumber: Tribunnews

Dia menjelaskan alasan kenapa dia begitu benci dengan mak dia sampai jaja cerita di Facebook.

“Ada sebab kenapa aku benci orang tua aku, kalau dia mampu buat aku bahagia dari dulu mesti aku takkan biadap macam ni.

Malah dia juga menyalahkan ibunya yang asyik menyusahkan dirinya sahaja, duitnya makin berkurang.

“Sekarang lepas aku dah kerja bukannya bantu cari duit, makin menipiskan dompet aku ada lah,”

Malah anak derhaka ni siap menjelaskan secara terbuka bahawa ibu bapanya tu tak layak untuk dihargai.

Tak cukup dengan tohmahan, dia siap mempertikaikan kuasa Tuhan.

“Kalau disuruh pilih, aku pun tak nak lahir dari rahim busuk dia”

Posting tersebut telah mengundang kemarahan masyarakat dari negara seberang, lapor sumber, pihak polis sedang mengesan gadis tersebut.

Allahu, admin pun tarik nafas panjang je bila baca posting dia ni

 

Baca : “Uish Nabila derhaka ke?” – Sharnaaz Failkan Permohonan Nusyuz, Mahu Cuba Selesai Dengan Cara Baik

sharnaaznabila