“Uish Nabila derhaka ke?” – Sharnaaz Failkan Permohonan Nusyuz, Mahu Cuba Selesai Dengan Cara Baik

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Baru-baru ni, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan masalah rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan isterinya, Noor Nabila yang dikatakan dalam proses penceraian.

Mengikut laporan sebelum ini, Sharnaaz telah menolak tuntutan cerai daripada Nabila dan salah satu sebab yang menjadi bualan netizen adalah alasan permohonan cerai yang mengatakan Sharnaaz tak bagi nafkah zahir yang mencukupi.

Sumber: Instagram

Selepas 2 minggu, hari ini Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap Nabila, lapor mStar.

Sharnaaz bertindak begitu disebabkan mahu memperbetulkan spekulasi yang sedang hangat diperkatakan oleh netizen tentang masalah rumah tangganya. Selain tu, dia juga mahu selesaikan isu antara mereka berdua dengan cara yang baik tanpa berlaku perbalahan.

Sumber: Harian Metro

Saya failkan nusyuz adalah untuk kita perbetulkan apa yang tak betul. Apa yang saya lakukan ini hanya ada satu sebab sahaja iaitu untuk kita sama-sama selesaikan benda ini dengan cara yang paling baik.”

Kalau nak gaduh, apa pun kita tak dapat sekarang ini. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama.”

Umum tahu bahawa nusyuz membawa maksud bahawa seseorang isteri itu telah ingkar terhadap perintah suami. Netizen kini tertanya-tanya apakah sebenarnya yang berlaku di antara Sharnaaz dan Nabila.

Nabila yang melantik bapa tirinya, Abdul Halim Khan sebagai wakil jawatankuasa pendamai (JKP) telah memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu. Sharnaaz pula melantik kakaknya, Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai JKP disebabkan lebih mengenali dan memahaminya.

Sumber: Kosmo

Mahkamah telah menetapkan 6 November depan untuk sebutan semula kes berkenaan serta hasil laporan JKP kedua-dua belah pihak.

Ingat korang! Jangan sebar cerita yang tak sahih, doakan saja yang baik baik…

Baca: “Orang have2 mana cukup RM500” – Noor Nabila Beri Alasan Ingin Cerai Kerana Sharnaaz Hanya Bagi Nafkah RM500 Sebulan?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!