in

“Kalau dapat tangkap saya beri lebih RM5k” – Penerbit Tawar Hadiah Jika Info Dalang Cetak Rompak Filem ‘Ada Apa Dengan Dosa’ Didedahkan

Cc 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Filem Ada Apa Dengan Dosa sebelum ini pernah terpalit dengan isu penjualan secara cetak rompak di satu laman e-dagang terkenal.


Susulan kejadian itu, syarikat produksi Pencil Pictures And Records Sdn Bhd (PPAR) telah menfailkan saman terhadap syarikat e-dagang tersebut atas dakwaan melanggar hak cipta eksklusif.

Normashayu Puteh selaku penerbit filem ini telah mengambil tindakan undang-undang kerana telah menanggung kerugian bahkan pihak yang tidak bertanggungjawab pula mengaut keuntungan.

C 4 1

 

Habuan RM5,000 untuk pemberi maklumat

Sementara saman ini masih dalam proses, Normashayu atau lebih dikenali sebagai Ayu memaklumkan dia akan menawarkan imbuhan lebih RM5,000 kepada mana-mana pihak yang berani tampil mendedahkan dalang yang bertanggungjawab menyebarkan filem itu tanpa kebenaran.

“Saya menyeru sesiapa yang ada maklumat atau tahu siapa sebenar penjenayah digital ni agar tampil memberikan kerjasama kerana saya nak berikan wang ganjaran RM5,000.”

“Jika maklumat tersebut boleh membawa kepada penangkapan dalang terbabit, jumlah ganjaran akan diberikan pula adalah melebihi nilai RM5,000”

 

Filem dijual serendah 80 sen!

Menerusi laporan Malaysia Kini, tindakan tegas yang diambil oleh pihak Ayu dan PPAR kepada syarikat e-dagang tersebut adalah atas dasar pelanggaran hak cipta eksklusif.

Apa yang menyedihkan lagi, filem Ada Apa Dengan Dosa ini telah dijual secara meluas dengan harga serendah 80 sen sahaja.

C1 3

Ayu memandang serius tentang isu ini kerana dia berpendapat gejala cetak rompak masih meresahkan karyawan kerana mereka bergantung hidup kepada jualan produk dihasilkan.

“Sebagai penerbit dan pemilik halal, saya harus bertindak. Nak menangkap pencuri dalam ‘alam bunian’ memang susah.”

“Justeru, kita juga kena guna cara orang di alam bunian.”

Saman tersebut telah pun difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 September lalu.

 

Korang kalau tahu siapa dalang yang jual filem ni cepat-cepat beritahu penerbit filem ni. Untung dapat duit. Apa yang lagi penting korang boleh jadi hero banteras jenayah siber.

 

Baca: 8 Tahun Menabur Jasa Untuk Otaku, Kini Laman KissAnime & KissManga Ditutup Selamanya

C2 1 5

Sumber: Instagram
Sumber: Mstar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.