in

8 Individu Terlibat Nahas LRT Bertembung Pada 2021 Failkan Saman

Ft Lrt Bertembung Failkan Saman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lapan individu yang terlibat dalam nahas LRT yang berlaku dua tahun lalu, telah mengemukakan saman lebih RM860,000 kepada Rapid Rail Sdn. Bhd. dan Prasarana Malaysia Berhad atas sebab didakwa gagal serta cuai dalam memastikan keselamatan mereka ketika menggunakan pengangkutan itu.

Individu yang terlibat ialah Tengku Amalie Tengku Alauddin Shah, 47, Marvena Jitol, 28, Riezariel Haeqal, 23, Rozita Che Rus, 28, Ng Siow Nee, 36, Siti Nuraliah Hashim, 26, Nurul Athirah Mohd K. Jabayee, 36 dan Muhammad Firdaus Mohd Saleh, 35.


Screenshot 2023 03 28 130715

Kesemua plaintif yang sebelum kejadian sihat tubuh dan mental berkata, mereka menaiki tren laluan LRT Kelana Jaya sebelum ia berlanggar dengan sebuah lagi tren di antara Stesen LRT Kampung Baru dan Stesen LRT KLCC.

Menurut penyataan yang diperoleh, plaintif-plaintif telah mendakwa defenden-defenden gagal memastikan LRT yang digunakan mangsa beroperasi secara selamat bergerak ke hadapan dan tiada sebarang halangan oleh tren lain.

Pada masa yang sama, mereka turut mendakwa kemalangan dan pelanggaran tren yang dinaiki berlaku akibat kecuaian daripada defenden pertama dan kedua sepenuhnya dan kesemua plaintif mengalami pelbagai kerugian selain kecederaan pada tubuh badan.

Screenshot 2023 03 28 130736

“Selepas kemalangan itu berlaku, Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat defenden kedua, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman telah membuat jenaka ketika sidang media dengan berkata kedua-dua tren itu ‘bercium antara satu sama lain’ selain dilihat ketawa pada sidang media sama yang diterbitkan pelbagai saluran televisyen,” dakwa kesemua plaintif.

Susulan itu, mereka menuntut lebih RM860,000 sebagai ganti rugi khas, am dan teladan serta faedah yang dikenakan sebanyak lime peratus atas kesemua jenis ganti rugi berkenaan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Pengurusan kes ditetapkan di hadapan Timbalan Pendaftar Mohamad Hafizul Awang pada 11 April ini.

Kita doakan agar dipermudahkan urusan untuk semua pihak..

Sumber: Harian Metro, NST, Kosmo!

Baca : TERKINI : Dua LRT Bertembung Berdekatan Stesen KLCC, Sekurang-kurangnya 166 Penumpang Alami Kecederaan

Feat 1 728X383 1

Sumber: NST
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.