in

Wanita Buat CPR Selamatkan Nyawa Rakan, Tapi Dituduh Pula Cuba Mencederakannya Gara-gara…

Ft Cpr Final

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Cardio pulmonary resuscitation atau CPR sememangnya perlu dipelajari bukan setakat dalam golongan ahli perubatan, malah oleh orang awam juga.


Ini kerana CPR ini penting untuk memudahkan kita memberikan bantuan pernafasan sementara sekiranya berlakunya kecemasan kepada individu di sekeliling.

Seperti kejadian yang berlaku di Taiwan baru-baru ini, wanita ini segera bertindak memberikan bantuan pernafasan CPR kepada rakan sekerjanya yang pengsan secara tiba-tiba semasa di tempat kerja.

 

Buat CPR 15 minit, selamatkan nyawa rakan

Menurut AsiaOne, wanita yang dikenali sebagai Chu ini dikatakan telah melakukan CPR selama 15 minit semasa dalam perjalanan untuk menghantar rakannya itu ke hospital sehinggakan dia kehabisan tenaga.

Saya lakukan tekanan pada dadanya sehingga kehabisan tenaga. Tetapi saya tetap terus melakukannya untuk menyelamatkan nyawanya.

Tambahnya, dia telah menemani rakannya itu untuk dihantar ke hospital disebabkan dia mempunyai sijil yang sah untuk mengendalikan rawatan kecemasan.

Berkat kegigihannya menjalankan bantuan pernafasan itu, Chu akhirkan berjaya mengembalikan sistem pernafasan seterusnya menyelamatkan nyawa wanita itu.

Cpr

 

Kawan tak berterima kasih, persoalkan kesan lebam di dada

Namun apa yang mengejutkan, rakan wanita yang diselamatkannya itu sedikit pun tidak berterima kasih kepadanya gara-gara membantu menyelamatkan nyawanya.

Sebaliknya wanita itu ada menghantar mesej kepadanya untuk mempersoalkan kepadanya kesan lebam yang terdapat pada dada dan lengannya seolah-olah untuk menyalahkan dirinya yang menjadi punca terjadinya kesan lebam itu.

Dalam mesej tersebut, rakannya turut menghantar foto kesan lebam yang terdapat pada dadanya berserta ayat, “Berapa banyak tenaga yang awak guna? Kesan lebam ni sangat besar”. 

Feat Cpr

Chu yang berasa bengang dengan nada seolah-olah menuduh dia menjadi punca kesan lebam tersebut telah membalas kembali dengan mempersoalkan tuduhan tak berasas rakannya itu.

Awak nak salahkan saya sebab gunakan tenaga yang banyak semasa lakukan CPR? 

Tambah Chu, rakannya itu sepatutnya bernasib baik tidak mengalami kecederaan patah tulang rusuk gara-gara prosedur CPR tersebut.

 

“Nyawa atau kesan lebam lebih penting?” – Chu

Bukan setakat itu, rakannya itu juga memberitahunya bahawa dia sebagai pesakit diabetes sememangnya berhak untuk berasa risau sekiranya lebam dan luka di bahagian dadanya itu akan dijangkiti oleh kuman sehingga menyebabkan anggota tubuh badannya terpaksa dipotong.

Namun, Chu mempersoalkan alasan rakannya itu tidak munasabah kerana menurutnya, nyawa rakannya itu sepatutnya lebih penting berbanding kesan lebam yang dialaminya itu.

 

Rakan ugut nak fail saman

Seperti menambah minyak ke dalam bara api, rakannya itu juga turut mengugut untuk memfailkan tindakan undang-undang ke atasnya.

Awak tekan dada saya dengan kuat sedangkan saya ada masalah jantung. Saya boleh dapatkan doktor untuk buktikan awak cederakan saya sewaktu CPR. 

Bengang dengan tuduhan itu, Chu telah melepaskan geramnya dengan mendedahkan kejadian itu di Facebook miliknya baru-baru ini.

Katanya, sekiranya rakannya itu benar-benar mahu memfailkan saman ke atasnya, dia berpendapat bahawa setiap orang di dalam negara perlu berhenti untuk mempelajari teknik rawat bantu mula gara-gara ada sesetengah individu yang tidak tahu bersyukur dengan bantuan yang diberikan.

Postingnya itu berjaya mencetuskan reaksi yang pelbagai daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa geram dengan sikap tidak sedar diuntung rakannya itu.

 

Kecederaan memang selalu berlaku waktu CPR

Terdapat juga netizen yang mempunyai pengalaman dalam rawatan kecemasan ini mendedahkan bahawa kecederaan seperti lebam atau tulang rusuk patah adalah satu kebiasaan yang berlaku gara-gara tekanan dada yang kuat dan pantas sewaktu menjalankan CPR.

Macam pepatah Melayu, “Bagai melepaskan anjing yang tersepit”.

Baca: “You have done your best” – Pelajar Medik Tak Dapat Tahan Sebak Apabila Lelaki Rebah Yang Dibantunya Meninggal Dunia Lepas Dah Cuba Buat CPR Baca Cpr

Sumber: AsiaOne

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.