Setelah 8 tahun berada di internet dan menyediakan kandungan digital kepada peminat anime dan manga secara “percuma”, namun perkara itu telah berakhir apabila laman web popular KissAnime dan KissManga dilaporkan telah ditutup sepenuhnya.
Laman web ‘rasmi’ tersebut kini tidak boleh lagi diakses oleh pengguna dan menurut perkongsian di Reddit, ia ditutup sekitar pukul 10 malam 14 Ogos lalu.
Perkara ini banyak mengejutkan ramai pihak terutamanya peminat anime kerana ia merupakan satu-satunya laman web anime yang terbaik. Namun, langkah penutupan ini adalah berikutan isu hakcipta kesemua kandungan digital yang dikongsikan laman tersebut.
Menurut Kyodo News, parlimen Jepun sebulat suara menggubal undang-undang anti cetak rompak dalam talian berkaitan kawalan hak cipta, larangan muat turun manga, majalah, teks akademik, selain muzik dan video yang sudah dilindungi oleh peraturan sedia-ada.
Tambahan lagi, undang-undang tersebut turut digunapakai pada ‘leech websites’ yang menawarkan pautan muat turun kepada kandungan cetak rompak.
Difahamkan larangan muat turun kandungan cetak rompak akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2021 sementara larangan melibatkan “leech website’ pula bermula 1 Oktober ini.
Rata-rata peminat animasi dari Jepun itu meluahkan rasa sedih apabila kehilangan laman web ‘kesayangan’ mereka selain berterima kasih atas jasa yang telah diberi selama ini.
Your biggest free anime/manga library was our weeb/otaku home. Even when some went on to discard you for another site; you were still there for us. You stayed alive, and evaded japs laws to give us weebs a place to be. You worked your hardest for us.
RIP #Kissanime 2012-2020 pic.twitter.com/d2MExJNsFz
— Roi (@RoiyaruRyuujin) August 15, 2020
Damn RIP kissanime, site was legendary and helped the poor and people who couldn’t access anime in other countries. It’s a damn shame. Farewell Kissanime💯😪. pic.twitter.com/BDrDRNRkA5
— A.C.✋🏾⛓ (@lelouchisgoat) August 15, 2020
"all files are taken down by copyright owners. this site will be closed forever. thank you for your supports."
i don't use kissanime anymore but it really has been a part of my weeb life as being the main website to watch anime.
rest in peace, you will be missed :(( pic.twitter.com/LtQe0Ci8TN
— deric (@itaruchigasexy) August 15, 2020
Yelah, setiap negara ada undang-undang. So kita kena akur dengan benda ni. Habis min punya childhood. Apa-apa pun farewell KissAnime!
Baca:“Ni mesti kaki anime ni” – Lelaki Ini Letak Nama Anak Ikut Watak Siri Anime Jepun